Thursday, 27 April 2017, 1 Sya'ban 1438H Solat Time:
KL Imsak 5:36 | Subuh 5:46 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:14 | Asar 4:30 | Maghrib 7:20 | Isyak 8:31

Projek #BuatBaik


Bank_Islam_BuatBaik

Terma & Syarat : PROJEK #BUATBAIK SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan mestilah melalui borang cadangan yang boleh didapati di www.bankislam.com.my atau amal.bankislam.com.my dan dihantar melalui e-mel ke projekbuatbaik@bankislam.com.my.

2. Pencadang mestilah membaca dan memahami semua prosedur serta Terma & Syarat projek ini.

3. Calon yang dicadangkan mestilah terdiri daripada salah satu golongan di bawah:

- Fakir Seseorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.

- Miskin Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.

- Fi Sabilillah Seseorang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

4. Setiap cadangan yang dihantar akan diklasifikasikan mengikut kategori yang berikut: – Bantuan Perniagaan Membantu peniaga-peniaga kecil memulakan atau mengembangkan perniagaan. Calon mestilah mempunyai lesen perniagaan dan perniagaan tidak berbentuk jualan langsung (direct selling) kecuali yang mempunyai premis kedai.

- Bantuan Agensi dan Pertubuhan Kebajikan Membantu organisasi kebajikan bukan kerajaan (NGO), masjid/surau, sekolah-sekolah untuk menjalankan aktiviti dakwah/kebajikan, membeli peralatan/kelengkapan Masjid/Surau serta menjalankan program-program keagamaan.

- Bantuan Pertanian Membantu golongan asnaf yang ingin menjalankan projek pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi dan mengembangkan projek pertanian.

- Bantuan Perubatan Membantu pesakit yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan bantuan (Cth: Kerusi roda, katil, tangki oksigen, alat pendengaran, dll) yang kosnya tidak melebihi RM10,000.

- Bantuan Musibah Membantu meringankan beban golongan yang ditimpa bencana alam seperti ribut, banjir, tanah runtuh atau malapetaka seperti kebakaran, kemalangan jiwa yang mengakibatkan kehilangan anggota keluarga, kecurian, rompakan dan seumpamanya.

5 Pencadang hanya dibenarkan untuk menghantar satu pencalonan sahaja bagi setiap calon yang dinyatakan.

KELAYAKAN PEMILIHAN

6 Kempen pencalonan Projek#BuatBaik ini berlangsung dari 1 April hingga 1 Mei 2017. Borang mestilah dihantar melalui emel (projekbuatbaik@bankislam.com.my) sebelum atau pada 1 Mei 2017

7 Semua cadangan yang diterima akan diteliti dan dikaji oleh panel Bank Islam berdasarkan kepada faktor berikut: - Maklumat calon yang diberikan didalam borang pencalonan mestilah jelas dan nyata - Memberi kesan jangka masa panjang (sustainable) kepada penerima - Munasabah untuk direalisasikan

8 Sebanyak 5 hingga 6 pencalonan akan dipilih untuk direalisasikan. Jumlah bantuan bagi cadangan yang terpilih akan ditentukan oleh panel Bank Islam.

9 Garis Panduan

a. Bantuan Individu - Warganegara Malaysia - Pendapatan keluarga tidak mencukupi had kifayah mengikut lokasi atau negeri masing-masing. - Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi tidak mencukupi.

b.  Bantuan Kepada Agensi /Pertubuhan Kebajikan - Agensi/Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan seumpamanya. - Masjid/surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. - Sekolah yang berdaftar dengan Jabatan/Masjid Agama Islam Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia.

10 Pihak Bank Islam berhak menyiasat semua maklumat yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak/maklumat tidak benar, pihak Bank Islam berhak menolak permohonan tersebut.

11 Dokumen Utama (wajib disertakan) a. Individu - Salinan Kad Pengenalan - Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim

b. Agensi / Pertubuhan - Surat Pengesahan Pertubuhan (ROS) - Profil Pertubuhan

Dokumen Sokongan (jika berkenaan) - Salinan surat cerai/mati (jika ibu/bapa tunggal/tinggal) - Surat pengesahan JKM SOCSO dan surat pengesahan sakit - Laporan polis/pihak berkuasa dan 2 keping gambar kejadian musibah - Sebutharga dari pembekal untuk bantuan perubatan - Salinan Kad OKU - Dokumen sokongan lain yang difikirkan perlu bagi menyokong pencalonan tersebut

12 Sekiranya calon pilihan pencadang terpilih, pencadang akan dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada calon bersama pihak Bank Islam

TERMA DAN SYARAT

1. Pencadang mestilah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

2. Projek ini layak disertai oleh kakitangan Bank Islam, ejen pengiklan atau individu yang terlibat dengan pengurusan projek ini.

3. Dengan menyertai projek ini, para pencadang dianggap telah memberi kebenaran untuk Bank Islam memproses, menyimpan, atau mendedahkan maklumat peribadi pencadang termasuk gambar pencadang kepada pihak ketiga yang difikirkan perlu oleh Bank Islam bagi tujuan projek ini dan pengiklanan dan promosi.

4. Para pencadang juga dianggap telah mendapatkan kebenaran yang perlu daripada pihak yang dicalonkan bagi membenarkan pihak Bank Islam memproses, menyimpan atau memdedahkan maklumat peribadi calon termasuk gambar calon kepada pihak ketiga bagi tujuan projek pengiklanan dan promosi.

5. Pemilihan dan keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan. Bank Islam mempunyai hak untuk menambah, menggugurkan, memperbetulkan atau mengubah sebahagian atau kesemua terma dan syarat pada bila-bila masa. Sebarang/setiap perubahan ke atas terma dan syarat akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pencadang. Pemberitahuan perubahan akan dibuat melalui mana-mana saluran yang difikirkan bersesuaian oleh pihak Bank Islam.

6. Semua cadangan yang dihantar di bawah projek ini akan menjadi milik Bank Islam. Pihak Bank Islam berhak untuk melaksana, memapar atau menggunakan maklumat-maklumat ini untuk sebarang tujuan program Tanggungjawab Korporat Bank Islam dari semasa ke semasa.

7. Kegagalan dalam memberikan maklumat yang lengkap serta tidak mematuhi Terma & Syarat, kaedah, peraturan dan arahan akan mengakibatkan penyertaan terbatal atau ditolak.

8. Bank Islam tidak akan bertanggungjawab walau dalam apa jua keadaan, sama ada melibatkan kegagalan teknikal, atau campur tangan individu yang tidak sepatutnya atau kesilapan manusia atau teknikal dalam pengurusan dan pemprosesan projek ini.

9. Selagi dibenarkan oleh undang-undang, dalam apa jua keadaan, Bank Islam atau pegawainya, kakitangan, wakil dan / atau ejen (termasuk dan tidak terhad kepada, sebarang perkhidmatan pihak ketiga untuk projek ini) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan (termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau niat baik atau secara tidak langsung, tidak sengaja, berbangkit, berkecuali, sebagai teladan, kerosakan utama atau khas oleh semua pihak termasuk pihak ketiga). Walau apa pun, berbangkit sama ada di dalam kontrak, kesilapan, kecuaian atau sebagainya, yang terbabit dengan projek ini, walaupun Bank Islam telah diberi amaran berkemungkinan berlaku kerosakan, segala kerosakan adalah tidak ditanggung.

10. Bank Islam berhak membatalkan, menamatkan atau menangguhkan projek ini dan notis berkenaannya akan diberi. Bagi mengelakkan keraguan pembatalan, penamatan dan penangguhan projek oleh Bank Islam, pencadang tidak boleh menuntut atau meminta ganti rugi terhadap Bank Islam di atas sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau berlaku secara langsung atau tidak akibat daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan peraduan ini.

11. Dengan menyertai projek ini, pencadang mengaku telah membaca serta memahami Terma dan Syarat yang tertera, termasuk segala keputusan pemilihan adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Klik di sini untuk muat turun Terma dan Syarat

Klik di sini untuk muat turun Borang Butiran Pencadang

Print Friendly
Bank Islam