Thursday, 19 September 2019, 19 Muharam 1441H Solat Time:

Kemudahan Aliran Tunai Perniagaan-i


1.0 Pengenalan
Bank Islam (Tawarruq) adalah produk pembiayaan berputar yang direka untuk pelanggan perniagaan memenuhi keperluan modal kerja mereka. Pembiayaan yang ditawarkan berdasarkan kadar boleh berubah di mana bayaran bulanan mungkin berubah dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan kadar pembiayaan asas Bank. Jumlah pembayaran mestilah tidak melebihi Harga Jualan Bank.
2.0 Konsep Syariah
Tawarruq
3.0 Mekanisme Produk
a)Bank akan melaksanakan transaksi Tawarruq sebelum pembiayaan dikreditkan ke akaun marginal untuk kegunaan
pelanggan.
b)Pelanggan menggunakan kemudahan pembiayaan melalui Akaun Semasa.
c)Pada setiap bulan, pelanggan perlu menjelaskan amaun keuntungan kepada Bank berdasarkan jumlah penggunaan yang dikira mengikut Kadar Keuntungan Efektif Bank semasa, yang tidak melebihi kadar siling.
d)Pada tarikh matang pembiayaan, pelanggan perlu menjelaskan semua baki keuntungan dan prinsipal bagi Harga Jualan Bank.
4.0 Manfaat
a)Fleksibiliti dalam penggunaan kemudahan pembiayaan
b)Kadar dan margin pembiayaan yang kompetitif
c)Penggunaan konsep Syariah yang diterima di peringkat global
5.0 Harga Produk
Kadar Keuntungan (kadar keseluruhan)
a)Kos Dana (KD) + Margin
b)Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + Margin
Nota:
Margin ditentukan berdasarkan taraf kredit pelanggan semasa permohonan kemudahan
6.0 Yuran dan Caj
a)Fi Ejen untuk Transaksi Tawarruq
(i)RM25.00 – Perlantikan Bank Islam sebagai Ejen Pembelian (ABPA)
(ii)RM25.00 – Perlantikan Bank Islam sebagai Ejen Jualan (ABSA)
b)Yuran Akaun Semasa
Yuran dan Caj yang terkini seperti di dalam Terma & Syarat Akaun Semasa.

Sila klik di sini

 

Print Friendly, PDF & Email