Thursday, 19 September 2019, 19 Muharam 1441H Solat Time:

Zakat Simpanan & Pelaburan


 

Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) telah melancarkan satu kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan. Ini bertujuan untuk membantu pelanggan Bank membayar zakat ke atas akaun simpanan dan pelaburan mereka kepada Agensi Mengurus Zakat (“AMZ”). Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”), Lembaga Zakat Selangor (“LZS”) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”).

Di bawah kemudahan ini, Bank Islam mengguna pakai konsep Syariah iaitu kontrak ‘Wakalah’ di mana pelanggan sebagai muwakkil atau prinsipal memberi kuasa kepada Bank Islam sebagai wakil atau ejen untuk melakukan pembayaran kepada AMZ berkenaan. Antara akaun Bank Islam yang diambil kira bagi kemudahan baharu ini ialah Akaun Simpanan dan Semasa (Qard dan Asas Qard), Akaun Pelaburan (Al-Awfar, Wafiyah dan iGain) dan Akaun Deposit Bertempoh-i (Tawarruq).

Para pelanggan boleh memilih untuk mewakilkan Bank Islam bagi menguruskan pembayaran zakat ke atas akaun simpanan dan pelaburan mereka dengan mengisi borang yang disediakan di semua cawangan Bank Islam. Sekiranya pelanggan memiliki lebih daripada satu akaun, kesemua jumlah wang di dalam akaun-akaun tersebut akan diambil kira dan digabungkan untuk pembayaran zakat Simpanan dan Pelaburan bagi tahun taksiran semasa. Bagi Akaun Amanah (Trust Account) pula, ia akan digabungkan mengikut nama pemegang utama akaun. Perkhidmatan ini tidak ditawarkan bagi jenis Akaun Bersama (Joint Account).

Savings & Investment Zakat Savings & Investment Zakat
  • Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”)
  • Lembaga Zakat Selangor (“LZS”)
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”).
Print Friendly, PDF & Email