Isnin, 17 Jun 2019, 13 Syawal 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:17 | Asar 4:43 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:42

myWakaf MAIPs


Bank_Islam_Promotion_Visa

myWakaf MAIPs

Latar Belakang

Pusat Hemodialisis Waqf di Perlis akan diuruskan dan ditadbir secara profesional oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar apabila selesai. Ia akan memberi manfaat kepada ribuan pesakit buah pinggang kronik.

Projek ini adalah mercu tanda Islam di sektor penjagaan kesihatan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis terutama dalam kalangan asnaf fuqara ‘dan juga orang bukan Islam yang kurang bernasib baik.

Kerja pembinaan bangunan Waqf MAIPs-HTF Service (“Pusat”) telah bermula pada 3 April 2018 dan dijangka siap pada 2 Oktober 2019. Pusat ini merupakan bangunan dua tingkat dengan ruang lantai 1,822 m² yang sesuai dengan kapasiti 66 katil. Ia akan menjadi pusat hemodialisis terbesar di Perlis.

Pernyataan Permasalahan

Sehingga kini, terdapat hanya empat pusat hemodialisis yang telah ditubuhkan di seluruh negeri Perlis. Dengan pembukaan pusat baharu ini, kecekapan perkhidmatan rawatan dapat ditingkatkan dengan memendekan jangka waktu giliran para pesakit. Di samping itu, ia boleh merawat lebih banyak pesakit serta mengendalikan rawatan hemodialisis dengan kerap.

Impak Projek

  1. Memberi keutamaan kepada pesakit buah pinggang kronik dalam kalangan asnaf di bawah bantuan MAIPs serta pesakit bukan Islam daripada masyarakat yang kurang bernasib baik;
  2. Pesakit akan mendapat rawatan hemodialisis tepat pada masanya melalui kemudahan dan perkhidmatan yang baik;
  3. Memberi akses kepada pesakit untuk diberi rawatan daripada pembantu dan pegawai perubatan yang terlatih.

Projek Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis

  1. KOS PROJEK: RM6,000,000.00
  2. KUTIPAN: RM1,238,497.95
  3. PERATUS: 20.6% (Setakat 31 Disember 2018)

Cara Untuk Berwakaf

Bank_Islam_Promotion_Visa

Bil Saluran Maklumat
1. Akaun Bank Islam 090 100 100 639 83 (Wakaf MAIPs)
2. JomPAY Biller Code: 51672 (Wakaf MAIPs)
Ref-1* No. Kad Pengenalan
Ref-2* No. Telefon
3. Kaunter Wakaf MAIPs Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
A2, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Tuanku Syed Putra,01000 Kangar, Perlis
4. SnapNPay wakaf1Langkah 1 : Muat turun aplikasi SnapNPay di Play Store (Android) atau App Store (iOS).
Langkah 2 : Pilih i-Sedekah.
Langkah 3 : Cara Pembayaran
  • Imbas imej QR.
  • Pilih/masukkan amaun sumbangan (Android), atau Klik pada pautan yang dipaparkan dan pilih/ masukkan amaun sumbangan (iOS).
  • Ikut langkah yang dipaparkan dan selesai

Untuk perkembangan terkini Projek Wakaf, sila layari https://mywakaf.com.my

Print Friendly