Sabtu, 25 November 2017, 6 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:03 | Asar 4:25 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:13

Surat Kredit Tunggu Sedia-i


Surat Kredit Tunggu Sedia-i (SBLC-i) sering digunakan sebagai jaminan kewangan. Ia memastikan bayaran jika sekiranya pemohon gagal membayar semula pendahuluan yang telah dibuat kepadanya; atau untuk benefisiari menuntut pembayaran apabila pemohon gagal mematuhi perjanjian. Ia juga bertujuan untuk menanggung sebarang KETIDAKPERLAKSANAAN atau kegagalan pemohon memenuhi komitmen kontrak dengan pihak ketiga.

Di negara di mana bank-bank tidak dibenarkan mengeluarkan jaminan, SBLC-i adalah cara yang paling sesuai diguna pakai. Ia menjamin perlaksanaan pemohon, ketidakupayaan pemohon dalam membayar hutang dan melaksanakan pembayaran semula. SBLC-i akan diaktifkan sekiranya berlaku kegagalan mematuhi atau ketidakperlaksanaan oleh pemohon. Ia adalah alternatif kepada jaminan dan tertakluk kepada Uniform Custom Practice 600.

 

Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • SBLC-i kami diterima secara meluas dan boleh meningkatkan keyakinan terhadap reputasi anda
  • Menjimatkan modal syarikat anda daripada deposit yang diperlukan atau pembayaran pelarasan margin pendahuluan
Print Friendly
Bank Islam