Apabila anda memerlukan pihak lain membekalkan barang kepada anda, anda mungkin akan meminta Surat Kredit Pindahan-i dari pembeli. Apabila menerima Surat Kredit Masuk-i, ianya boleh dipindah milik kepada benefisiari lain sama ada untuk jumlah keseluruhan atau sebahagiaan dari nilai Surat Kredit-i. Oleh itu, anda masih boleh memenuhi terma dan syarat Surat Kredit Masuk-i dan pada masa yang sama mengekalkan perhubungan baik dengan pengimport.
Perkhidmatan ini adalah bersandarkan konsep Ujrah yang merujuk kepada bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan.
Manfaat menggunakan perkhidmatan kami:
-
Anda tidak memerlukan Kemudahan Perdagangan untuk menikmati perkhidmatan ini
-
Dengan adanya perkhidmatan ini, anda tidak perlu risau akan pembayaran kepada benefisiari kedua kerana anda boleh membayar apabila menerima bayaran dari pembeli
-
Anda hanya perlu menyediakan draf(jika diperlukan),invois dan dokumen pengangkutan seperti Bil Muatan kerana dokumen lain disediakan oleh benefisiari kedua