Jumaat, 23 Februari 2018, 7 Jamadilakhir 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 6.00 | Subuh 6:10 | Syuruk 7:25 | Zohor 1:29 | Asar 4:46 | Maghrib 7:29 | Isyak 8:39

Surat Kredit Masuk-i


Apabila anda sebagai pengeksport (benefisiari) memerlukan pembayaran bagi barangan eksport anda melalui Surat Kredit, anda akan meminta pembeli/pengimport untuk mengeluarkan Surat Kredit-i kepada anda. Surat Kredit Masuk-i boleh disalurkan melalui kami sebagai Bank Penasihat.

Surat Kredit Masuk-i ialah servis yang ditawarkan oleh kami dengan memaklumkan kepada anda akan ketibaan dan kesahihan Surat Kredit-i yang diterima. Perkhidmatan ini bersandarkan konsep Ujrah yang merujuk kepada bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan.

 

Manfaat menggunakan perkhidmatan kami:

  • Kami mempunyai rangkaian perhubungan serata dunia yang memudahkan anda mempunyai komunikasi efisien dengan Bank yang mengeluarkan Surat Kredit-i tersebut
  • Surat Kredit Masuk-i Asal boleh difaks atau emel* kepada anda untuk mempercepatkan penyediaan dokumen dan penghantaran barang**
  • Surat Kredit Masuk-i Asal boleh disimpan oleh pihak Bank sementara menunggu anda menyiapkan dokumen bagi mengelakkan risiko berkaitan transit Surat Kredit Masuk-i Asal disebabkan pergerakan Surat Kredit Masuk-i asal ke dan dari pejabat anda

*   Tertakluk kepada terma dan syarat
** Anda dinasihatkan untuk membaca Surat Kredit-I dengan teliti dan meminta pindaan dibuat oleh pembeli jika terdapat syarat dan terma yang tidak mengikut persetujuan dan/atau ada kemungkinan anda tidak dapat mematuhi syarat-syarat di dalam Surat Kredit-i tersebut.

Print Friendly
Bank Islam