Isnin, 11 Disember 2017, 22 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:38 | Subuh 5:48 | Syuruk 7:07 | Zohor 1:09 | Asar 4:32 | Maghrib 7:05 | Isyak 8:20

Surat Kredit-i


Surat Kredit-i ialah akujanji bertulis oleh Bank yang dibuat atas permintaan anda sebagai pembeli/pemohon untuk membayar sejumlah wang kepada penjual/benefisiari seperti yang tertera di dalam Surat Kredit-i dengan syarat penjual mematuhi segala terma dan syarat di dalamnya. Dengan pengalaman yang ada, Surat Kredit-i kami boleh diterima secara meluas di seluruh dunia.

Surat Kredit-i dikeluarkan di bawah kontrak Murabahah dan kemudian daripada itu barang yang dibeli akan dijual kepada anda pada harga kos ditambah dengan margin keuntungan untuk tempoh bayaran tertangguh. Anda juga mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran pada harga kos pada masa Surat Kredit-i dilangsaikan.

 

Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Tiada caj ‘faedah transit’ kerana kami membuat pembayaran kepada Penjual/Benefisiari hanya setelah dokumen diterima
  • Tiada kos terselindung

  • Menyediakan platform untuk kedua-dua pihak dari segi terma perdagangan dan jadual pembayaran secara efisien

  • Permohonan secara fax juga diterimapakai sekiranya persetujuan telah dibuat terlebih dahulu dengan pihak Bank

  • Anda akan mendapat salinan Surat Kredit-i melalui fax selepas permohonan anda berjaya

  • Sekiranya anda memerlukan takaful kargo marin, kami sedia membantu untuk memohon bagi pihak anda

Print Friendly
Bank Islam