Jumaat, 15 Disember 2017, 26 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:39 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:11 | Asar 4:34 | Maghrib 7:07 | Isyak 8:22

Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i


Kemudahan Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i adalah dibiayai oleh Export Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) pada kadar yang istimewa. Pembiayaan ini hanya merangkumi produk-produk patuh Syariah dan barangan yang tidak tersenarai di dalam Garis Panduan Senarai Negatif EXIM Bank. Kadar pembiayaan ditentukan oleh EXIM Bank dari semasa ke semasa. Pihak Bank boleh menambah sehingga maksimum 1% margin ke atas kadar pembiayaan Pembiayaan Kredit Eksport-i untuk membiayai anda sebagai pelanggan kami.

Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i Pra-penghantaran
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i Pra-penghantaran merupakan suatu kemudahan pembiayaan berdasarkan kontrak Murabahah yang diberikan kepada anda sebagai pengeksport secara langsung atau secara tidak langsung untuk menyediakan barangan sebelum penghantaran. Ia merupakan satu usaha untuk menggalakkan pengeksportan produk pertanian dan barangan pembuatan / perkilangan.

Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i Pasca-penghantaran
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i Pasca-penghantaran merupakan suatu kemudahan pembiayaan berdasarkan kontrak Bai’ Dayn yang diberikan kepada anda sebagai pengeksport langsung yang mengeksport produk yang bersesuaian sama ada secara tunai atau secara terma kredit. Bagi terma secara tunai, tempoh pembiayaan mestilah tidak melebihi 60 hari.


Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Kos pembiayaan yang lebih rendah kerana ia dibiayai oleh EXIM Bank

  • Bagi Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i Pasca-penghantaran, pelanggan boleh mendapatkan dana dengan segera semasa penyerahan dokumen eksport selepas penghantaran barangan

Print Friendly
Bank Islam