Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Konsep / Kontrak Shariah untuk Perkhidmatan Dagangan


Wakalah (Agensi)
Ianya merujuk kepada perhubungan ejen di mana seseorang dilantik untuk bertindak sebagai ejen bagi pihak yang lain.


Murabahah (Kos Campur)

Di bawah kontrak Murabahah, pihak Bank menjual barang kepada anda pada harga jualan Bank yang merangkumi jumlah prinsipal (iaitu harga kos barang) ditambah keuntungan Bank yang dibayar oleh anda.


Kafalah (Jaminan)

Ianya merujuk kepada kontrak jaminan kewangan atau perlaksanaan yang diberikan oleh satu pihak bagi melepaskan liabiliti pihak ketiga jika kontrak gagal dipenuhi.


Bai’ Dayn (Perdagangan Hutang)

Ia merujuk kepada kontrak penjualan hutang perdagangan / penerimaan disebabkan transaksi perdagangan. Anda akan menjual hutang/penerimaan kepada Bank pada harga diskaun.


Ujrah (Fi)

Ianya merujuk komisyen atau yuran yang dikenakan pada pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan oleh pihak Bank.

Print Friendly
Bank Islam