Selasa, 24 Oktober 2017, 3 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Jaminan Perkapalan-i


Jaminan Perkapalan-i merupakan suatu kemudahan di mana Bank Islam memberi jaminan dan tebus rugi kepada syarikat perkapalan untuk pelepasan barangan kepada pembeli/pengimport tanpa penyerahan Bil Muatan Kapal asal. Dikeluarkan di bawah kontrak Kafalah, ia boleh didefinisikan sebagai jaminan yang diberikan oleh satu pihak kepada pemilik barangan yang meletakkan atau mendepositkan barangan mereka dengan syarikat perkapalan di mana apa-apa jua tuntutan yang dibuat oleh pemilik barangan tersebut selepas itu mesti dipenuhi oleh pihak penjamin.


Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Anda boleh mengambil serahan barangan dengan segera
  • Anda tidak perlu menanggung denda kelewatan waktu berlabuh dan caj gudang
  • Membolehkan anda menjual barangan import tanpa sebarang kelewatan
Print Friendly
Bank Islam