Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Bil Pertukaran Belian-i


Bil Pertukaran Belian-i (BEP-i) adalah istilah generik yang digunakan untuk menunjukkan pembiayaan oleh Bank kepada pelanggannya di mana Bank Islam membeli hutang pelanggan daripada pewujudan bil keluar untuk pungutan di bawah akaun terbuka atau dikeluarkan bersandarkan eksport Surat Kredit-i atau Surat Kredit-i tempatan. Ianya adalah kemudahan yang disediakan untuk pengeksport atau penjual/benefisiari ke atas eksport/domestik Surat Kredit-i sebagai salah satu medium untuk mendapatkan modal kerja.


Bil Pertukaran Belian-i Asing

a) Bil Pertukaran Belian-i Asing Bersandarkan Surat Kredit-i

Kemudahan ini terbuka kepada benefisiari (pengeksport) untuk Surat Kredit-i secara pembayaran tunai atau pembayaran pada masa akan datang; melalui peruntukan wang pendahuluan bagi pembiayaian perdagangan antarabangsa dan keperluan modal kerja anda. Bagi menikmati kemudahan ini, benefisiari (pengeksport) perlu menyediakan draf dan dokumen yang diperlukan mengikut terma dan syarat Surat Kredit-i tersebut bagi menjamin wang pendahuluan dari pihak Bank diperolehi melalui cara rundingan, belian atau belian diskaun ke atas draf/dokumen. Bil Pertukaran dan dokumen sokongan bagi Surat Kredit-i akan dirunding dan dibeli/didiskaunkan oleh pihak Bank dan hasil yang diterima dari pengimport atau Bank Pengeluar akan digunakan untuk melangsaikan Bil Pertukaran pembiayaan matawang asing yang tertunggak.

b) Bil Pertukaran Belian-i Asing tanpa Surat Kredit

Kemudahan ini ditawarkan kepada semua pengeksport (penjual) / pelanggan untuk membiayai perdagangan antarabangsa dan keperluan modal kerja melalui belian/didiskaunkan bagi bil eksport pembayaran tunai atau pembayaran pada masa akan datang mereka.

Apabila belian atau diskaun Bil Pertukaran dibeli oleh pengeksport ke atas pembeli di luar negara, draf / dokumen itu akan diuruskan oleh pihak bank di bawah Bil-bil Pungutan. Hasil dari Bil-bil Pungutan akan digunakan untuk melangsaikan Bil Pertukaran pembiayaan matawang asing yang tertunggak.


Bil Pertukaran Belian-i Tempatan

a) Bil Pertukaran Belian-i Tempatan Bersandarkan Surat Kredit

Applikasi kemudahan ini menyerupai Bil Pertukaran Belian-i Asing di atas kecuali ianya hanya dibuat oleh benefisiari untuk membiayai perdagangan tempatan mereka. Bagi memohon pembiayaan ini, ianya mestilah bil dalam negeri dan disokong oleh Surat Kredit-i Tempatan.

Bil Pertukaran dan dokumen sokongan Surat Kredit-i akan dirunding dan dibeli/didiskaun oleh Bank dan hasil yang diterima Pesuruh Bayar/Pengimport/Bank Pengeluar akan digunakan untuk melangsaikan Bil Pertukaran pembiayaan Tempatan yang tertunggak.

b) Bil Pertukaran Belian-i Tempatan tanpa Surat Kredit

Applikasi kemudahan ini menyerupai dengan Bil Pertukaran Belian-i Asing di atas kecuali ianya dibuat oleh benefisiari untuk membiayai perdagangan tempatan mereka. Bagi memohon pembiayaan ini, ianya mestilah bil dalam negeri.

Bil Pertukaran dan dokumen sokongan akan diproses oleh Bank di bawah asas pengumpulan dokumen dan hasil akan digunakan untuk melangsaikan Bil Pertukaran pembiayaan Tempatan yang tertunggak.


Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Cara mudah untuk mendapatkan hasil jualan/eksport
  • Lindung nilai secara semula jadi bagi tukaran wang asing kerana hasil diterima terlebih dahulu
Print Friendly
Bank Islam