Sabtu, 25 November 2017, 6 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:03 | Asar 4:25 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:13

Bil Penerimaan-i


Bil Penerimaan-i adalah instrumen kewangan yang bergantung harganya kepada pasaran kewangan yang boleh dikeluarkan untuk membiayai pembelian domestik atau import dan penjualan domestik atau eksport. Bil Penerimaan boleh dijual di pasaran sekunder, seterusnya membolehkan Bank memberikan kadar pembiayaan yang menarik.


Bil Penerimaan-i (Belian)

Kemudahan pembiayaan yang diberikan kepada anda untuk membiayai pembelian barangan dagangan meliputi bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap. Pembayaran kepada pembekal akan dibuat dengan segera oleh pihak Bank. Pembiayaan boleh dibuat untuk bil-bil secara tunai atau dengan terma kredit. Untuk bil-bil berterma kredit, pembiayaan Bil Penerimaan-i membolehkan tambahan kredit diberikan kepada anda.


Bil Penerimaan-i (Jualan)

Kemudahan pembiayaan yang diberikan kepada anda untuk membiayai jualan atau eksport barangan secara terma kredit yang meliputi bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap. Ianya adalah kemudahan pembiayaan jangka pendek dimana pihak Bank akan membeli hutang yang dijamin dalam bentuk Bil Penerimaan-i.


Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Pembiayaan yang layak akan diberi kadar pembiayaan yang menarik

  • Tidak perlu membundarkan kepada seribu yang terdekat kerana kami menyediakan sehingga 100% pembiayaan ke atas nilai invois

  • Memperbaiki aliran tunai anda

  • Tiada komisen penerimaan dikenakan dan keuntungan pembiayaan dibayar pada tarikh matang pembiayaan (setelah Bil Penerimaan-i matang)

Print Friendly
Bank Islam