Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

Bil-Bil Pungutan-i


Bil-bil Pungutan-i adalah salah satu daripada cara-cara pembayaran dagangan yang diterima secara meluas untuk memudahkan penjual/pengeksport dalam mendapatkan bayaran daripada jualan/eksport.
Bil-bil Pungutan-i pada kebiasaannya merujuk kepada pengurusan dokumen oleh pihak Bank mengikut arahan yang diterima, untuk:

  1. mendapatkan bayaran dan/atau penerimaan; atau
  2. menghantar dokumen bersandarkan bayaran dan/atau bersandarkan penerimaan; atau
  3. menghantar dokumen berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat lain


a) Bil-bil Pungutan-i Masuk

Bil-bil Pungutan-i Masuk adalah berdasarkan kontrak Wakalah yang menyatakan tentang hubungan agensi di mana kami dilantik sebagai ejen bagi pihak bank pengeksport. Dokumen-dokumen dihantar oleh pengeksport melalui bank pengeksport kepada kami untuk penyerahan dokumen-dokumen tersebut kepada anda. Sebagai pertukaran dokumen tersebut, anda dikehendaki membayar samada secara terus atau bersetuju untuk membayar pada masa akan datang. Kami bertidak sebagai ejen pungutan Bank Pembayar (bank pengeksport).

 

Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Anda dan pembekal anda merasa selesa mengetahui bahawa dokumen diuruskan secara profesional.
  • Dengan adanya cawangan di seluruh negara, kami sentiasa berada berdekatan anda untuk memudahkan pungutan dokumen.
  • Proses tersebut disediakan untuk membolehkan anda mendapatkan dokumen dengan cepat di samping membuat bayaran segera kepada pembekal, seterusnya meningkatkan hubungan perniagaan dengan pembekal.
  • Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja Dagangan / Bil Penerimaan (Belian) boleh diuruskan untuk membolehkan anda mendapatkan barangan tanpa perlu risau tentang kekurangan/kesempitan aliran tunai


b) Bil-bil Pungutan-i Keluar

Perkhidmatan Bil-bil Pungutan-i Keluar adalah berdasarkan kontrak Wakalah. Ia merupakan hubungan agensi di mana kami bertindak sebagai ejen anda untuk menghantar dokumen penghantaran bersama-sama dokumen kewangan/komersil lain melalui ejen bank yang diiktiraf di seluruh dunia untuk penerimaan bayaran daripada pengimport/pembeli.

 

Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Penyusunan perhubungan perbankan yang strategik antara Bank Islam dan institut bank terkemuka di dunia membolehkan transaksi anda diuruskan dengan efisien dan efektif
  • Pengawalan dan penyaluran yang betul semasa pengendalian dokumen hakmilik dapat melindungi anda sebagai pengeksport
  • Kemudahan pembiayaan jualan/eksport boleh diuruskan oleh kami bagi membolehkan anda mendapatkan bayaran jualan segera bila dan ketika anda memerlukan bagi menyelesaikan masalah kesempitan aliran tunai

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Print Friendly
Bank Islam