Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (TIKS2)


Objektif
  • Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti PKS dalam sektor berorientasikan eksport dan domestik.
Tujuan Pembiayaan
  • Peningkatan dalam kapasiti pengeluaran; atau
  • Modal kerja atau kedua-dua sekali.
Jumlah Pembiayaan
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM5 juta bagi setiap pelanggan
Kadar Pembiayaan
  • 4% – 6% setahun
Tempoh Pembiayaan
  • 5 tahun (maksimum)
Kriteria Kelayakan
  • Perusahaan perniagaan mengikut definisi PKS di Malaysia;
  • Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta;
  • Saham PKS yang dimiliki oleh syarikat awam yang tersenarai dan syarikat berkaitan dengan Kerajaan hendaklah tidak melebihi 20 peratus;
  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dan memiliki sekurang-kurangnya 51% pegangan saham yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Koperasi 1993, Akta Pertubuhan 1966, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak-pihak berkuasa yang lain; dan
  • Rekod prestasi perniagaan PKS tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun. (Walau bagaimanapun, institusi kewangan peserta boleh memberi pertimbangan terhadap permohonan pembiayaan daripada PKS yang mempunyai rekod prestasi lebih daripada tujuh (7) tahun).
Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk:
  • Pembelian saham;
  • Pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada;
  • Pembelian tanah / pelaburan hartanah
  • Pembangunan Hartanah
  • Syarikat pemegangan pelaburan
  • Aktiviti di mana stok perdagangan adalah wang (termasuk kredit, pemajakan, pemfaktoran dan perniagaan insurans) dan;
  • Aktiviti bukan ekonomi atau tidak sihat
*Perlindungan Jaminan
  • Perlindungan Jaminan sehingga 80% daripada jumlah pembiayaan yang tidak bercagar oleh Credit Guarantee Corporation (CGC).
*Fi Jaminan
  • Antara 0.8% sehingga 2.15% setahun

 Nota : * di mana yang berkenaan

Print Friendly
Bank Islam