Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS)


Objektif
  • Untuk membantu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdaya maju yang menghadapi masalah pembayaran pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan melalui penyusunan semula atau penjadualan semula pembiayaan yang sedia ada, atau pembiayaan baru (jika perlu).
  • Untuk menstabilkan aliran tunai perniagaan dengan menyediakan ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan.
Kriteria Kelayakan
  • Syarikat milik warganegara Malaysia (sekurang-sekurangnya 51%) dalam semua sektor
  • Memenuhi kriteria definisi PKS:
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang; atau
    • Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta
  • PKS berdaya maju yang menghadapi masalah kewangan berikutan pembiayaan daripada institusi kewangan.
  • Pembiayaan berkaitan dengan perniagaan sahaja.
  • Perniagaan masih beroperasi.
  • Sekurang-kurangya mempunyai hubungan bersama Bank Islam selama 3 tahun
Proses Permohonan
  • Borang permohonan SDRS boleh diperoleh dari:
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan
    • Laman sesawang www.bnm.gov.my
    • Laman sesawang www.smeinfo.com.my
  • Dokumen sokongan
    • Maklumat syarikat
    • Maklumat pengurusan
    • Maklumat kewangan
    • Maklumat keselamatan
    • Maklumat operasi perniagaan
    • Mana-mana dokumen sokongan yang lain
  • Penghantaran dan penilaian
    • Hantarkan permohonan SDRS yang lengkap kepada Bank Islam atau BNMLINK / Pejabat Wilayah BNM / Cawangan
    • Sekretariat SDRS BNM akan menghubungi pemohon
    • Penilaian permohonan oleh Bank Islam
      • Jika permohonan diluluskan oleh Bank Islam
  • Bank Islam dan peminjam akan melaksanakan terma pinjaman yang baharu
    • Jika permohonan ditolak oleh Bank Islam
      • Sekretariat SDRS BNM akan membuat penilaian bebas ke atas permohonan

 

Print Friendly
Bank Islam