Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS)


Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS)

Objektif
  • Membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada semua sektor untuk memperoleh akses kepada pembiayaan.
Kriteria Kelayakan
  • Syarikat PKS yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Dana pemegang saham kurang dari RM20.0 juta berdasarkan akaun beraudit terkini tidak melebihi daripada 18 bulan sebelum tarikh permohonan.

Definisi PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana)

  • Pembuatan:Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
  • Perkhidmatan dan sektor lain: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.
Tujuan Pembiayaan
  • Pembiayaan Modal Kerja
  • Pembiayaan Perbelanjaan Modal

(pembiayaan semula kemudahan kredit yang sedia ada tidak di benarkan)

Had Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: Pembiayaan agregat sebanyak RM5.0 juta bagi setiap syarikat
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 5 tahun tidak melebihi 31 Disember 2020, mana-mana yang terdahulu
Perlindungan Jaminan
  • Perlindungan Jaminan sehingga 70% atas jumlah pembiayaan
Fi Jaminan
  • 1.0% setahun ke atas jumlah perlindungan jaminan dan perlu dibayar terdahulu setiap tahun (tertakluk kepada minimum RM1,000)
Tempoh Sah Skim
  • 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2018 atau sehingga keseluruhan dana RM2.0 bilion digunakan sepenuhnya, mana-mana yang terdahulu

 

Print Friendly
Bank Islam