Selasa, 23 Julai 2019, 20 Zulkaedah 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:41 | Subuh 5:51 | Syuruk 7:11 | Zohor 1:22 | Asar 4:46 | Maghrib 7:30 | Isyak 8:44

Program Pembiayaan “Vendor”


Kami menawarkan rangkaian kemudahan yang menyeluruh

Memperkenalkan program pembiayaan ‘vendor’ untuk sektor “Oil & Gas Services and Equipment (OGSE)” –kerjasama strategik di antara Petronas, Syarikat Jaminan Pinjaman Perniagaan Berhad (SJPP) dan Bank Islam untuk membantu dan menyediakan pilihan pembiayaan kepada ‘vendor’, sebagai salah satu nilai tambah kepada sektor OGSE.

KRITERIA KELAYAKAN

• Berlesen & Berdaftar dengan PETRONAS.

• Menerima projek terus dari PETRONAS.
• Diklasifikasikan dibawah penarafan prestasi minima oleh PETRONAS semasa kelulusan;

- “Contractors Performance Evaluation” (CPE) Kelas A & B; atau Penarafan Baru
- “Supplier Tracking Assessments Rating” (STAR) 4 Bintang & 3 Bintang

• Memperolehi keuntungan 2 tahun dalam tempoh tiga (3) tahun terkini.

CIRI – CIRI

• Kemudahan yang ditawarkan :

- Pelbagai Kemudahan Pembiayaan Perdagangan*.
- Pembiayaan Aliran Tunai Perniagaan-i *.

• Tujuan Pembiayaan :

- Modal Pusingan .

• Jumlah Pembiayaan :

- Sehingga RM10 juta.

• Kontrak yang dibiaya:

- Kontrak bekalan barangan dan perkhidmatan oleh Petronas.

CIRI-CIRI ISTIMEWA

• Kadar pembiayaan yang kompetitif.
• Proses kelulusan yang mudah.
• Struktur kemudahan disesuaikan mengikut keperluan kontrak oleh PETRONAS.
• Kerjasama dengan SJPP sebagai penyedia jaminan kredit.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN

• Untuk memohon, sila lengkapkan borang-borang seperti berikut:

Borang Permohonan Pembiayaan.
Borang keizinan jualan silang .
Kenyataan Privasi .
Akuan berkaitan Inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai.

• Hantar borang yang lengkap beserta dokumen sokongan ke cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Hubungi Kami

• Pusat Panggilan Bank Islam

Tel : 03-26 900 900

E-mel: contactcenter@bankislam.com.my

Produk Informasi:

Lembaran Maklumat Produk: Mengandungi maklumat utama tentang produk produk yang ditawarkan bagi membolehkan pelanggan membuat perbandingan sebelum pemilihan produk / kemudahan yang ditawarkan :-

Aliran Tunai Perniagaan-i*
Pembiayaan Modal Kerja Dagangan -i (jualan)*
Pembiayaan Modal Kerja Dagangan -i (pembelian)*
Jaminan Bank-i*
Surat Kredit-i*
Jaminan Perkapalan-i*
Surat Kredit Tunggu Sedia-i*

* Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang sedia ada sebelum bersetuju untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan dan / atau menyertai program ini

KAMI MENYEDIAKAN PENYELESAIAN PEMBIAYAAN UNTUK VENDOR PETRONAS

KAMI MENAWARKAN RANGKAIAN KEMUDAHAN MENYELURUH MELALUI RANGKAIAN CAWANGAN DAN PEJABAT KAWASAN KAMI

Print Friendly