Isnin, 21 Ogos 2017, 28 Zulkaedah 1438H Waktu Solat:
KL Imsak 5:43 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:19 | Asar 4:33 | Maghrib 7:25 | Isyak 8:35

Pembiayaan PKS Al-Ansar


Al-Ansar merupakan program usahasama antara Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi taraf ekonomi komuniti usahawan Bumiputera Muslim dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan menyediakan pembiayaan bagi tujuan keperluan modal dan perbelanjaan modal.

Di Bawah Program Al-Ansar, Kami Menyediakan:
  • Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)
  • Ijarah Thumma Bai-i
Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq) adalah pembiayaan yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan modal kerja dan/atau perbelanjaan modal. Produk ini ditawarkan pada kadar tetap 4.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan yang dikira berdasarkan kadar rata. Margin Pembiayaan adalah seperti di bawah:

Tujuan
Margin Pembiayaan
Modal kerja Sehingga 30% daripada rekod jualan terkini
Pembiayaan Kontrak Maksimum 80% daripada nilai kontrak
Perbelanjaan modal 90% daripada harga pembelian aset

Pembiayaan ini adalah berlandaskan konsep Tawarruq yang merujuk pada konsep Pembelian komoditi dengan harga tertangguh. Komoditi tersebut kemudiannya dijual semula untuk mendapatkan wang tunai kepada suatu pihak lain selain daripada penjual asal.

Ijarah Thumma Bai-i

Ijarah Thumma Bai-i adalah kemudahan sewa yang membenarkan pelanggan menyewa aset Bank dan seterusnya membeli aset tersebut daripada pihak Bank diakhir tempoh sewaan. Produk ini ditawarkan pada kadar tetap 4.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan yang dikira berdasarkan kadar rata. Jumlah sewaan adalah tetap sepanjang tempoh yang telah ditentukan. Produk pembiayaan ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal sehingga 90% daripada harga pembelian.

Pembiayaan ini berlandaskan Kontrak Ijarah dan Bai’. Ia merujuk pada kontrak Ijarah yang diikuti dengan kontrak Bai’ (jualan). Di bawah kontrak pertama, Bank menyewakan aset kepada pelanggan pada kadar sewaan yang telah dipersetujui sepanjang tempoh yang ditetapkan. Apabila tamat tempoh sewaan, pelanggan memeterai kontrak kedua untuk membeli aset daripada Bank pada harga yang telah dipersetujui.

Kriteria Kelayakan:
  • Dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera Islam.
  • Perniagaan aktif beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Perniagaan merekod keuntungan minimum 1 tahun.
Ciri-Ciri Produk:
  • Pembiayaan antara RM50,000.00 hingga RM1,000,000.00.
  • Tempoh pembiayaan adalah dari 3 sehingga 5 tahun.
  • Kadar keuntungan yang dikenakan adalah pada kadar tetap 4.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan yang dikira berdasarkan kadar rata.
  • Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) – 6% GST termasuk dalam yuran/ caj di mana berkenaan.
Di Mana Untuk Mendapatkan Borang Permohonan Pembiayaan:
  • Pelanggan boleh mendapatkan borang permohonan di Bahagian Perbankan Komersial, Ibu Pejabat Bank Islam atau mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan. Pelanggan hendaklah mengisi dan menandatangani borang permohonan dengan lengkap.
  • Hantar borang yang telah lengkap dan ditandatangani berserta dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Perbankan Komersial, Ibu Pejabat Bank Islam atau mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan.
Hubungi Kami:
Lembaran Maklumat Produk
Print Friendly
Bank Islam