Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

‘Investment Account Platform’ (IAP)


Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) telah berkuat kuasa pada 30 Jun 2013. Salah satu syarat utama di bawah IFSA adalah untuk mengklasifikasikan Deposit Islam dan Akaun Pelaburan Islam (IA). Produk Akaun Pelaburan (IA) adalah produk modal tidak dijamin di mana pulangan atas pelaburan adalah berdasarkan prestasi aset sandaran. Berbeza dengan produk-produk deposit, IA tidak dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). IA boleh distrukturkan sebagai profil berisiko dan pulangan yang berbeza-beza mengikut ciri-ciri aset sandaran. Selain daripada itu, bagi melaksanakan penawaran produk IA kepada pihak pelanggan, Bajet Negara 2015 telah memperkenalkan pelaburan patuh Syariah yang dikenali sebagai ‘Investment Account Platform’ (IAP). IAP ialah platform Internet pelbagai bank yang ditubuhkan bagi memudahkan dana daripada pelabur disalurkan bagi membiayai keusahawanan yang berdaya maju. Di samping itu, IAP memainkan peranan yang amat penting di dalam proses kewangan Islam termasuk melaksanakan usaha wajar, memastikan usaha niaga berdaya maju, membuat penilaian ke atas pelabur dan membuat pemantauan yang kerap terhadap usahawan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pasaran Modal di 03-2688 2688/ 2701/ 2705 atau e-mel kepada iap.business@bankislam.com.my

Alamat Ibu Pejabat:
Jabatan Pasaran Modal
Tingkat 22, Menara Bank Islam,
22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur

Print Friendly
Bank Islam