Selasa, 24 Oktober 2017, 3 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Produk Pasaran Modal


Pasaran yang kukuh membolehkan kami untuk menawarkan produk pelaburan pelabur berteraskan Islam secara jualan langsung, seperti:


Sijil Pelaburan Kerajaan dan Nota Islam Bank Negara 

  • Bon kerajaan yang berdenominasikan di dalam Ringgit dengan dividen / tahap keuntungan yang tetap
  • Tempoh matang pada tarikh yang telah ditetapkan semasa penerbitan
  • Pembayaran kupon atau dividen dibayar pada setiap enam bulan atau tahunan.
  • BNM menerbitkan bil jangka pendek tidak melebihi dari 1 tahun dengan kadar tempoh kebiasaannya adalah 1, 3, 6 dan 12 bulan
  • Diterbitkan dan ditawarkan dengan harga diskaun dan pada tempoh matang, bil akan ditebus pada nilai nominal.


Sekuriti Hutang Islam (IPDS) 

  • Bon yang berdenominasikan di dalam Ringgit , diterbitkan oleh syarikat korporat dengan dividen / tahap keuntungan yang tetap
  • Tempoh matang pada tarikh yang telah ditetapkan semasa penerbitan
  • Pembayaran kupon atau dividen dibayar pada setiap enam bulan atau tahunan


Sekuriti Hutang Komersial (ICP) 

  • Kemudahan perbankan bersindiket yang diterbitkan kebiasaannya untuk tempoh antara 3 hingga 5 tahun
  • Nota jangka pendek ini diterbitkan tidak melebihi dari 1 tahun dengan kadar tempoh kebiasaannya adalah 1, 3, 6 dan 12 bulan
  • Dijual dengan harga diskaun dan pada tempoh matang, Sekuriti Hutang Komersial akan ditebus pada nilai nominal.


Bil Penerimaan – Islam (AB-i) (Bank Islam dan bank lain) 

  • Bil yang diterbitkan oleh bank merupakan hutang yang layak untuk didagangkan dalam pasaran sekunder
  • Transaksi di pasaran sekunder berdasarkan konsep Syariah dikenali sebagai Bai ‘Dayn (perdagangan hutang).

 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi warga kerja Bahagian Perbendaharaan, Bank Islam di talian 03-2088 867803-2088 8678.

Nota : Maklumat yang terkandung di dalam ini adalah tepat pada masa penerbitan dan tertakluk kepada perubahan menurut ketetapan, peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara  Malaysia dari semasa ke semasa.

Print Friendly
Bank Islam