Khamis, 23 Mei 2019, 18 Ramadhan 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:13 | Asar 4:36 | Maghrib 7:21 | Isyak 8:35

Wakalah Antara Bank


Takrif Wakalah Antara Bank: Wakalah Antara Bank ialah urus niaga pasaran wang borong yang disediakan sebagai instrumen pengurusan mudah tunai dalam Pasaran Wang Islam. Berdasarkan kontrak Wakalah (Agensi) dengan tujuan mencari keuntungan, cirinya termasuk semua tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Pulangan sebenar hanya diketahui pada tarikh matang
  • Tempoh matang yang tetap
  • Profil risiko diketahui
  • Wang pokok tidak dijamin

Akaun Pelaburan:

Akaun yang membolehkan wang dibayar dan diterima untuk tujuan pelaburan, termasuk untuk peruntukan pembiayaan, mengikut prinsip Syariah berdasarkan syarat bahawa tidak ada obligasi yang nyata atau yang tersirat untuk membayar balik wang tersebut sepenuhnya dan

a) sama ada hanya keuntungan, atau keuntungan atau kerugian, selepas ini, hendaklah dikongsi antara pihak yang membayar wang dengan pihak yang menerima wang itu; atau

b) dengan atau tanpa apa-apa pulangan.

Akaun Pelaburan Tidak Terhad:

Jenis akaun pelaburan yang dengannya pelabur membenarkan Bank untuk melabur dana mereka dalam aset patuh Syariah tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat ke atas pengurusan dana tersebut.

Konsep Syariah yang diterima pakai Wakalah bil istithmar
Kontrak agensi pelaburan yang dengannya penyedia modal (muwakkil) memberikan mandat kepada ejennya (wakil) untuk melaksanakan urus niaga mua’malah atau pelaburan tertentu dan sebagai balasan ejen tersebut akan mendapat bayaran (ujr) untuk perkhidmatannya.
Ciri Wakalah Antara Bank ialah apabila bank lebihan melantik bank defisit sebagai ejennya untuk melaburkan dana tersebut dalam aktiviti perbankan bank defisit dengan hasrat untuk mendapat keuntungan. Kedua-dua pihak akan berunding dan bersetuju tentang amaun, tempoh pelaburan dan kadar pulangan dijangka. Bank penerima tidak akan menjamin jumlah wang pokok pelabur dalam aktiviti pelaburan. Keuntungan dibayar pada tarikh matang berdasarkan pulangan sebenar bank penerima.
Jenis Wakalah Antara Bank Terdapat empat jenis Wakalah Antara Bank:

  • Peletakan Wakalah Antara Bank (WIP)

WIP merujuk pelaburan Bank berdasarkan Wakalah kepada bank penyertaan yang lain.

  • Penerimaan Wakalah Antara Bank (WIA)

WIA merujuk penerimaan pelaburan oleh Bank berdasarkan Wakalah daripada bank penyertaan yang lain.

  • Peletakan Wakalah Antara Bank Asing (FWIP)

FWII/FWIP merujuk pelaburan Bank dalam mata wang asing berdasarkan Wakalah kepada bank penyertaan yang lain.

  • Penerimaan Wakalah Antara Bank Asing (FWIA)

FWID/FWIA merujuk penerimaan pelaburan mata wang asing oleh Bank berdasarkan Wakalah daripada bank penyertaan yang lain.

Kadar Untung Kadar pulangan bagi Wakalah Antara Bank adalah berdasarkan pulangan sebenar bank penerima (Wakil) pada tarikh matang. Walau bagaimanapun, jika Bank Islam ialah Wakil bagi kontrak tersebut di atas, keuntungan yang akan dibayar kepada bank pelaburan (Muwakkil) adalah berdasarkan syarat berikut:

  • Jika pulangan sebenar melebihi Pulangan Dijangka, Bank akan hanya membayar Pulangan Dijangka kepada Muwakkil. Apa-apa lebihan keuntungan akan disimpan oleh Bank sebagai insentif prestasinya.
  • Jika pulangan sebenar kurang daripada Pulangan Dijangka, Bank bertanggungjawab membayar pulangan sebenar kepada Muwakkil.
Amaun Minimum Boleh runding
Tempoh Minimum Sehari hingga maksimum 10 tahun
Pelabur yang Layak (Penilaian Kendiri Kesesuaian)
  • Semua institusi kewangan yang diberikan status ‘antara bank’ oleh BNM dan dibenarkan untuk berdagang melalui pasaran sekunder tempatan.
  • Semua institusi kewangan asing yang dibenarkan.
Pengesahan Pelaburan Pengesahan pelaburan Wakalah Antara Bank yang anda terima (sama ada daripada Bank atau daripada broker Bank) akan membentuk kontrak yang mengikat. Sila maklumkan kepada Bank dengan segera jika terdapat apa-apa percanggahan dalam kandungan pengesahan pelaburan. Jika Bank tidak menerima pengesahan anda dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pengesahan kami, Bank akan menganggap urus niaga yang telah disahkan itu sebagai betul dan teratur.

Pemberitahuan Penting: Kandungan jadual di atas, iaitu butiran tentang Kadar Untung, Amaun Minimum dan Tempoh Minimum adalah tertakluk kepada pindaan mengikut budi bicara mutlak Bank, dan pelabur perlu mendapatkan pengesahan daripada Warga Kerja Jualan Perbendaharaan sebelum membuat apa-apa keputusan berdasarkan maklumat di atas.

Dengan membuat permohonan untuk Wakalah Antara Bank, pelanggan memahami ciri kesan kerugian atau pemindahan kerugian dalam kontrak Wakalah dan mengakui bahawa Bank boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pelabur bagi menguatkuasakan haknya.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi Perbendaharaan, Bahagian Pengurusan Liabiliti Aset kami melalui talian 03-2090 1610/1611.

Nota: Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini adalah tepat pada masa penerbitan dan tertakluk kepada pindaan menurut kaedah, peraturan atau garis panduan berkaitan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa. Semua produk yang ditawarkan oleh Bank Islam adalah tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan mana-mana undang-undang terpakai yang berpunca daripadanya.

Print Friendly