Sabtu, 21 Oktober 2017, 30 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Penyelesaian E-Dagang


Pengenalan
Kami menawarkan penyelesaian secara e-Dagang yang pasti membantu meringankan proses kemasukan transaksi harian anda.

 

Kelebihan dan Manfaat

Keselesaan

  • Penyediaan pelbagai saluran kutipan dan juga pembayaran secara online.

  • Saluran kutipan yang meluas bagi mempercepatkan proses penukaran hasil kutipan anda kepada tunai.

Kutipan Terjamin

  • Pembayaran dibuat secara online. Kami juga menyediakan notifikasi kepada kedua belah pihak bagi tujuan pengesahan bayaran dalam penyelesaian e-Dagang.

Penyesuaian dipermudah

  • Menyahkan kemungkinan kesilapan dalam penyesuaian akaun melalui penyelesaian penzahiran bil dimana butiran kutipan akan dipadankan secara automatik kepada data pengurusan bayaran belum terima milik pelanggan.

Tunai diterima pada masa nyata

  • Tunai yang diterima terus dikreditkan kedalam akaun anda secara serta merta. Ini mebolehkan anda memaksimakan pulangan kepada jumlah baki akaun anda.

Menyatukan pusat kutipan pembayaran

  • Menghapuskan kesulitan untuk berurusan dengan pelbagai bank lain.

Membuka segmen baru dipasaran

  • Melalui Internet, Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX) mampu mencapai segmen pasaran yang lebih luas.

Operasi yang lebih efisyen

  • Meningkatkan tahap kecekapan dan mengurangkan kos operasi dimana dengan perlaksanaannya ia membuka peluang kepada pelanggan untuk lebih fokus kepada aspek perniagaan mereka yang utama.

Keselamatan terjamin

  • Menggunakan konsep pembuktian dan perakuan dalam memastikan kesemua transaksi yang dibuat di laman web adalah selamat.

Ciri-Ciri

  • Kutipan bayaran secara online ke akaun anda tersedia dalam dua cara iaitu :-

    • Debit Terus daripada akaun semasa / simpanan melalui Bursa Pemprosesan Kewangan FPX

    • Caj ke kad kredit melalui Khidmat Gerbang Internet Mastercard. (MIGS)

  • Bursa Pemprosesan Kewangan (FPX)

    • Saluran pembayaran alternatif Perniagaan Kepada Konsumer (B2C) dan Perniagaan Kepada Perniagaan (B2B) bagi pembayaran di ruangan e-pasaran seperti laman web dan kedai dalam talian.

    • FPX juga membolehkan anda mengutip bayaran pukal daripada pelanggan menerusi portal anda.

  • Khidmat Gerbang Internet Mastercard (MIGS)

    • Mendapatkan khidmat kad kredit di mana pembayaran kad kredit dicaj di laman web anda.

Hubungi Kami
Perlu maklumat lanjut tentang sistem kami? Hubungi kami di talian 03-2782 1314 / 1315 / 1301 / 1321 / 1318 dan bercakap dengan pegawai eBanker kami yang mesra :

  •     En. Yusuffdeen Anwardin
  •     En. Mohd Akram Md Zain
  •     En. Luqman Hakim Rosli
  •     En. Ismail Saleh
  •     En. Kamarul Azwan Ismail
  •     Pn. Siti Norhafiza Shaharil

Anda juga boleh emelkan sebarang pertanyaan anda kepada kami di ebanker@bankislam.com.my

Print Friendly
Bank Islam