Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

Kemudahan Pembayaran Bil


Pengenalan
Mana-mana korporat atau institusi dengan beban inbois atau bil dalam jumlah yang besar boleh mengutip pembayaran dari pelanggan anda melalui pelbagai saluran kutipan yang disediakan dalam perkhidmatan Pembayaran Bil kami.

Pelanggan anda boleh menggunakan mana-mana saluran untuk membuat pembayaran ke dalam akaun kutipan anda dengan perlaksanaan perkhidmataan Pembayaran Bil ini.


Kelebihan dan Manfaat

  • Kepelbagaian saluran kutipan seperti di kaunter cawangan, Internet dan mesin ATM
  • Memberikan lebih kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan
  • Mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter sediaada
  • Kredit secara online dan serta merta kepada akaun penerima korporat
  • Butiran-butiran pembayaran dihantar dan dikemaskini secara elektronik didalam pengkalan data korporat
  • Meringankan beban kos dan kerja dalam pengurusan kewangan
  • Kemudahan pembayaran yang lebih selamat dan meyakinkan


Keperluan Produk

  • Membuka akuan kutipan dengan Bank Islam
  • Caj komisen yang minima bagi setiap transaksi
  • Mematuhi piawaian format fail Bank Islam (opsyenal)
  • Melanggan perkhidmatan e-Banker (opsyenal)

 

Hubungi Kami
Perlu maklumat lanjut tentang sistem kami? Hubungi kami di talian 03-2782 1314 / 1315 / 1301 / 1321 / 1318 dan bercakap dengan pegawai eBanker kami yang mesra :

  •     En. Yusuffdeen Anwardin
  •     En. Mohd Akram Md Zain
  •     En. Luqman Hakim Rosli
  •     En. Ismail Saleh
  •     En. Kamarul Azwan Ismail
  •     Pn. Siti Norhafiza Shaharil

Anda juga boleh emelkan sebarang pertanyaan anda kepada kami di ebanker@bankislam.com.my

 

Print Friendly
Bank Islam