Jumaat, 15 Disember 2017, 26 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:39 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:11 | Asar 4:34 | Maghrib 7:07 | Isyak 8:22

Kemudahan Pembiayaan Kredit Berputar-i (Tawarruq)


Kemudahan Pembiayaan Kredit Berputar-i (Tawarruq)

Pengenalan

Pembiayaan Kredit Berputar-i Bank Islam (Tawarruq) digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja bagi pelanggan perniagaan seperti badan korporat dan komersial. Pembiayaan ini ditawarkan dengan ciri berputar kerana ia membolehkan pelanggan perniagaan menggunakan kemudahan tersebut ketika ia memerlukan tunai sebagai modal perniagaan (tertakluk kepada ketersediaan had pembiayaan).

Konsep Syariah

Tawarruq

Mekanisme Produk

  • Pelanggan perlu mengeluarkan notis penggunaan kepada Bank apabila memerlukan modal kerja.
  • Tertakluk kepada ketersediaan had pembiayaan, Bank akan memberikan kemudahan tunai selepas melakukan transaksi Tawarruq dengan pelanggan mengikut jumlah yang dimohon berdasarkan setiap notis penggunaan.
  • Pelanggan perlu menyelesaikan harga jualan Bank (Prinsipal+Keuntungan) pada tarikh matang.

Manfaat

  • Penggunaan dana secara fleksibel apabila diperlukan
  • Harga dan margin pembiayaan yang berdaya saing
  • Penggunaan konsep Syariah yang diterima di peringkat global

Harga Produk

Kadar Keuntungan (semua dalam kadar)

  • Kos Dana (KD) + Margin
  • Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + Margin

Nota:

Margin ditentukan berdasarkan taraf kredit pelanggan semasa permohonan kemudahan.

Yuran dan Caj

Fi Ejen untuk Transaksi Tawarruq

  • RM26.50 – Pelantikan Bank Islam sebagai Ejen Pembelian (ABPA)
  • RM26.50 – Pelantikan Bank Islam sebagai Ejen Jualan (ABSA)

Nota:

6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk dalam yuran dan caj di mana berkenaan.

 

Print Friendly
Bank Islam