Isnin, 17 Jun 2019, 13 Syawal 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:17 | Asar 4:43 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:42

Pembiayaan Kredit Berputar-i


1.0 Pengenalan
Pembiayaan Kredit Berputar-i Bank Islam (Tawarruq) digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja bagi pelanggan perniagaan seperti badan korporat dan komersial. Pembiayaan ini ditawarkan dengan ciri berputar kerana ia membolehkan pelanggan perniagaan menggunakan kemudahan tersebut ketika ia memerlukan tunai sebagai modal perniagaan (tertakluk kepada ketersediaan had pembiayaan).
2.0 Konsep Syariah
Tawarruq
3.0 Mekanisme Produk
a) Pelanggan perlu mengeluarkan notis penggunaan kepada Bank apabila memerlukan modal kerja.
b) Tertakluk kepada ketersediaan had pembiayaan, Bank akan memberikan kemudahan tunai selepas melakukan transaksi Tawarruq dengan pelanggan mengikut jumlah yang dimohon berdasarkan setiap notis penggunaan.
c) Pelanggan perlu menyelesaikan harga jualan Bank (Prinsipal+Keuntungan) pada tarikh matang.
4.0 Manfaat
a) Penggunaan dana secara fleksibel apabila diperlukan
b) Harga dan margin pembiayaan yang berdaya saing
c) Penggunaan konsep Syariah yang diterima di peringkat global
5.0 Harga Produk
Kadar Keuntungan (kadar keseluruhan)
a) Kos Dana (KD) + Margin
b) Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + Margin
Nota:
Margin ditentukan berdasarkan taraf kredit pelanggan semasa permohonan kemudahan
6.0 Yuran dan Caj
a) Fi Ejen untuk Transaksi Tawarruq
(i) RM25.00 – Perlantikan Bank Islam sebagai Ejen Pembelian (ABPA)
(ii) RM25.00 – Perlantikan Bank Islam sebagai Ejen Jualan (ABSA)

 

Print Friendly