Selasa, 24 Oktober 2017, 3 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Kemudahan Aliran Tunai Perniagaan-i (Tawarruq)


Kemudahan Aliran Tunai Perniagaan-i (Tawarruq)

Pengenalan

Kemudahan Aliran Tunai Perniagaan-i Bank Islam (Tawarruq) adalah produk pembiayaan berputar yang direka untuk pelanggan perniagaan memenuhi keperluan modal kerja mereka. Pembiayaan yang ditawarkan berdasarkan kadar boleh berubah di mana bayaran bulanan mungkin berubah dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan kadar pembiayaan asas Bank. Jumlah pembayaran mestilah tidak melebihi Harga Jualan Bank.

Konsep Syariah

Tawarruq

Mekanisme Produk

  • Bank akan melaksanakan transaksi Tawarruq sebelum pembiayaan dikreditkan ke akaun marginal untuk kegunaan pelanggan.
  • Pelanggan menggunakan kemudahan pembiayaan melalui Akaun Semasa.
  • Pada setiap bulan, pelanggan perlu menjelaskan amaun keuntungan kepada Bank berdasarkan jumlah penggunaan yang dikira mengikut Kadar Keuntungan Efektif Bank semasa, yang tidak melebihi kadar siling.
  • Pada tarikh matang pembiayaan, pelanggan perlu menjelaskan semua baki keuntungan dan prinsipal bagi Harga Jualan Bank.

Manfaat

  • Fleksibiliti dalam penggunaan kemudahan pembiayaan
  • Kadar dan margin pembiayaan yang kompetitif
  • Penggunaan konsep Syariah yang diterima di peringkat global

Harga Produk

Kadar Keuntungan (semua dalam kadar)

  • Kos Dana (KD) + Margin
  • Kadar Pembiayaan Asas (KPA) + Margin

Nota:

Margin ditentukan berdasarkan taraf kredit pelanggan semasa permohonan kemudahan.

Yuran dan Caj

Fi Ejen untuk Transaksi Tawarruq

  • RM26.50 – Pelantikan Bank Islam sebagai Ejen Pembelian (ABPA)
  • RM26.50 – Pelantikan Bank Islam sebagai Ejen Jualan (ABSA)

Yuran Akaun Semasa-i

Nota:

6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk dalam yuran dan caj di mana berkenaan.

 

 

Print Friendly
Bank Islam