Ahad, 26 Mei 2019, 21 Ramadhan 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:13 | Asar 4:37 | Maghrib 7:21 | Isyak 8:36

Penangguhan Bayaran


‘Payment Holiday’ tidak lagi ditawarkan kepada permohonan baru berkuatkuasa mulai 1 September 2018


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Payment Holiday’?

‘Payment Holiday’ ialah satu ciri di mana pelanggan yang layak tidak perlu membayar ansuran bulanan pada November dan Disember sepanjang tempoh pembiayaan. Ini merupakan ciri tambah nilai di mana pelanggan akan mempunyai lebihan tunai pada bulan November dan Disember.

2. Siapa yang layak menikmati ‘Payment Holiday’?

Pelanggan yang memohon pembiayaan perumahan dan pembiayaan semula perumahan di bawah kadar terapung dan memenuhi kelayakkan kriteria tahunan untuk ‘Payment Holiday’ layak untuk menikmati kemudahan ‘Payment Holiday’ untuk tahun tersebut. Permohonan bagi kemudahan Payment Holiday perlu dilakukan semasa permohonan pembiayaan dibuat. Permohonan yang telah diluluskan dengan kemudahan Payment Holiday dan kemudiannya akaun pelanggan tersebut diklasifikasikan sebagai tidak berbayar akan secara automatik tidak lagi layak untuk menikmati kemudahan Payment Holiday.

3. Berapa lamakah tempoh pembiayaan perumahan dengan ‘Payment Holiday’?

Tempoh pembiayaan bagi ‘Payment Holiday’ sehingga 30 tahun atau umur 70 tahun, yang mana terdahulu.

4. Produk apakah yang menawarkan ciri-ciri ‘Payment Holiday’?

Pelanggan yang memohon Pembiayaan Perumahan Baiti atau Pembiayaan Semula Perumahan Wahdah layak menikmati ‘Payment Holiday’.

5. Apakah perbezaan antara ‘Payment Holiday’ dan pembayaran ansuran biasa?

Dibawah pelan ‘Payment Holiday’, pelanggan yang layak dan memenuhi criteria untuk ‘Payment Holiday’ untuk tahun tersebut, dibenarkan untuk menangguhkan bayaran ansuran bulanan pada bulan November dan Disember. Walaubagaimanapun, keuntungan bulanan pada bulan November dan Disember masih dikenakan dan perlu dibayar oleh pelanggan.

Jumlah ansuran pada bulan-bulan tersebut akan dikumpul pada tempoh akhir pembiayaan. Pelanggan akan diberikan pilihan untuk menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan (samada melalui pengeluaran KWSP, tunai, dan lain-lain) ataupun secara penstrukturan semula bagi baki jumlah pembiayaan.

6. Bolehkah pelanggan menukar dari ‘Payment Holiday’ ke pembayaran ansuran biasa semasa didalam tempoh pembiayaan?

Ya. Pelanggan boleh menukar dari ‘Payment Holiday’ ke pembayaran ansuran biasa semasa dalam tempoh pembiayaan, Walau bagaimanapun, pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kembali dari ansuran biasa kepada ‘Payment Holiday’.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Print Friendly