Selasa, 24 Oktober 2017, 3 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Pembiayaan Hartanah-i (Tawarruq) – Pembiayaan Rumah Baiti


Tiada yang lebih mudah di dalam pemilihan pembiayaaan perumahan yang sesuai dengan keperluan anda.

Dengan Pembiayaan Perumahan Baiti, kami menawarkan pembiayaan perumahan yang menyeluruh serta mematuhi kehendak Syariah.

Ciri-ciri yang menarik

  • Margin pembiayaan sehingga 90%
  • Pembiayaan untuk :
    • Perlindungan Takaful Gadai Janji (MRTT)
    • Perlindungan Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang (LTHT)
    • Duti Setem
    • Yuran Guaman
    • Yuran Penilaian Hartanah
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70, yang mana terdahulu
  • Kadar Keuntungan yang kompetitif

Lebih Penjimatan Kos

  • Diskaun 20% ke atas Duti Setem bagi penyempurnaan Dokumen Perundangan Bank (Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)
  • Tiada yuran pemprosesan

Keuntungan Bonus

  • Nikmati 2 bulan penangguhan bayaran bulanan dengan pelan ‘Payment Holiday’ kami (setiap November dan Disember)

Anda layak memohon sekiranya:

  • Berumur 18 sehingga 70 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak muflis atau dikenakan sebarang tindakan undang undang

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perjanjian Jual Beli
  • Bagi pendapatan tetap :
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Penyata akaun gaji 3 bulan terkini
    • Surat pengesahan jawatan dari majikan
    • Penyata Pendapatan Tetap / Borang BE / Penyata KWSP
    • Lain lain dokumen pendapatan
  • Bagi pemilik perniagaan :
    • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
    • 6 bulan penyata bank terkini
    • 3 tahun penyata kewangan
    • Borang B terkini
    • Lain-lain dokumen pendapatan


Skim Perumahan SJKP

  • Skim ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pembelian rumah kos rendah atau kos sederhana bernilai di bawah RM150,000.
  • Menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Margin pembiayaan sehingga 100% termasuk pembiayaan untuk Takaful.

Syarat-syarat kelayakan:

  • Berumur 18 sehingga 65 tahun
  • Tidak mempunyai pendapatan yang tetap tetapi jumlah pendapatan bulanan melebihi RM1,000 atau mempunyai pendapatan bulanan tetap melebihi RM1,000
  • Rumah pertama bagi tujuan didiami sendiri
  • Tidak muflis atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Dokumen yang diperlukan (SJKP):

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penjanjian Jual Beli
  • Bagi pemilik perniagaan :
    • Pendaftaran Syarikat / Perniagaan
    • Pendapatan disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Penggawa atau JKKK atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
    • 6 bulan penyata bank terkini
    • 3 tahun penyata kewangan terkini
    • Borang B terkini
    • Lain-lain dokumen pendapatan
  • Bagi pendapatan tetap :
    • 3 bulan slip gaji terkini
    • Surat pengesahan majikan
    • Penyata Pendapatan Tetap /Borang BE/ Penyata KWSP
    • Lain-lain dokumen pendapatan

“Skim Rumah Pertamaku”

  • Skim ini menawarkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian hartanah kediaman bernilai RM100,000 sehingga RM500,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau sehingga umur 65 tahun, yang mana satu terdahulu.
  • Margin Pembiayaan sehingga 100% + 5% (MRTT & LTHT).

Syarat-syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 40 tahun
  • Rumah pertama bagi tujuan didiami sendiri
  • Untuk pemohon perseorangan, pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi RM5,000 dan bagi pemohon bersama, jumlah pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi (RM10,000* (*tanpa mengambil kira pemohon perseorangan atau bersama, pendapatan bulanan per individu mestilah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon mestilah mempunyai pekerjaan tetap

Dokumen yang diperlukan :

  • Sama seperti Pembiayaan Perumahan Baiti

PR1MA :

  • Kami juga menawarkan pembiayaan perumahan bagi Projek Perumahan PR1MA bagi mereka yang layak. Sila kunjungi cawangan Bank yang berhampiran untuk keterangan lanjut.


Lembaran Maklumat Produk

Tertakluk pada terma dan syarat.

klikdsini

atau hubungi Pusat Panggilan kami di 03-26 900 900.

Print Friendly
Bank Islam