Isnin, 20 Februari 2017, 23 Jamadilawal 1438H Waktu Solat:
KL Imsak 6:00 | Subuh 6:10 | Syuruk 7:25 | Zohor 1:30 | Asar 4:47 | Maghrib 7:29 | Isyak 8:39

Pembiayaan Motorsikal Berkuasa Tinggi-i


Pembiayaan Motorsikal Berkuasa Tinggi-i adalah di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)), untuk memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.

CIRI-CIRI

Margin Pembiayaan Sehingga 70% dari harga jualan ke atas motorsikal baru , impot, / “local assemble” dan “unregistered reconditioned” (kurang dari 3 tahun)
Tempoh Pembiayaan Sehingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan Sila rujuk Pusat Pembiayaan Automobil Bank Islam yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat kadar pembiayaan terkini.
Kelayakan
  • Individu yang berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran.
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan Tetap
  • Badan Kerajaan dan Badan Berkanun
  • Syarikat Yang Tersenarai di Bursa Saham yang terpilih
  • Syarikat yang dimiliki oleh Bumiputra/kerajaan Malaysai (GLC)
  • Lain-lain Syarikat Swasta yang berdaftar sebagai Pakej di Bank Islam
Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang);
  • Salinan Memandu yang sah;
  • Salinan Penyata Pendapatan 3 bulan terkini; dan
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun gaji); atau
  • Penyata KWSP terkini / Penyata Gaji Tahunan; atau
  • Lain-lain dokumen sokongan yang boleh diterima pakai oleh pihak Bank sebagai bukti pendapatan tambahan
Manfaat
  • Kadar Pembiayaan yang tetap dan kompetitif
  • Harga Jualan diketahui dan tetap
  • Tiada kos tersembunyi atau caj tambahan
  • Ibra’ (Rebat) diberikan ke atas penyelesaian awal
  • Kelulusan segera
Ta’widh (Gantirugi)
  • Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar kepada Bank Islam caj lewat bayar dengan cara ta’widh (gantirugi) seperti berikut:
    1. Sebelum tarikh matang Kemudahan Pembiayaan:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;
    2. Selepas tarikh matang Kemudahan Pembiayaan:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra’ (jika ada);
    3. Hutang Selepas Penghakiman:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

DENGAN SYARAT kadar ta’widh (gantirugi) boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan dikenakan sebagaimana yang diluluskan oleh BNM.

Syarat-syarat Am
  • Kelulusan adalah berdasarkan kepada personal pemohon dan kapasiti perundangan, Karakter pinjaman, paten pembayaran yang lalu, dan lain-lain keperluan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).
  • Permohonan akan diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan jika semua dokumen permohonan diterima dengan lengkap mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Semua terma dan syarat adalah berdasarkan kepada garispanduan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad.

* Tertakluk pada terma dan syarat

Print Friendly
Al Awfar Countdown February-01