Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

Aliran Tunai Peribadi-i


Aliran Tunai Peribadi-i dicagarkan dengan Deposit Tetap, Pelaburan Berstruktur atau Unit Amanah Saham 

Ciri-Ciri

Amaun Pembiayaan

  • Tertakluk pada minimum RM5,000

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 100% jika dicagarkan kepada deposit tetap
  • Sehingga 80% jika dicagarkan kepada pelaburan berstruktur
  • Sehingga 60% jika dicagarkan kepada unit amanah saham

Tempoh Pembayaran

Jika dicagarkan kepada Deposit Tetap atau Pelaburan Berstruktur

  • Maksimum 5 tahun (60 bulan) dan tiada had umur

Jika dicagarkan kepada Unit Amanah Saham

  • Maksimum 5 tahun (60 bulan) atau sehingga umur persaraan atau 70 tahun (tarikh akhir umur bagi permohonan adalah 65 tahun), yang mana lebih awal

Tawaran Kadar Asas

  • 1-5 tahun : KA + 3.95%Nota : Kadar KA semasa adalah 3.90%

Kelayakan

Jika dicagarkan kepada Deposit Tetap atau Pelaburan Berstruktur

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pendapatan tetap minimum RM1,500 sebulan*
  • Bergaji tetap/ bekerja sendiri/ perkongsian

Jika dicagarkan kepada Unit Amanah Saham

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembiayaan atau 70 tahun (tarikh akhir umur bagi permohonan adalah 65 tahun)
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pendapatan tetap minimum RM1,500 sebulan
  • Bergaji tetap/ bekerja sendiri/ perkongsian
  • Bagi bekerja sendiri/perkongsian – minima 2 tahun di dalam perniagaan

Perlindungan Takaful

  • Pelan Takaful Aliran Tunai Peribadi-i

Fi Wakalah

  • RM50.00 – Bayaran bertindak sebagai ejen pelanggan untuk menjual komoditi kepada Broker

Dokumen yang diperlukan

Jika dicagarkan kepada deposit tetap atau pelaburan berstruktur

Pekerja Bergaji

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji terkini
  • Penyata bank terkini selama 3 bulan (akaun di mana gaji dikreditkan)

Milikan Tunggal/Perkongsian

  • Salinan kad pengenalan
  • Pendaftaran perniagaan
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini

Jika dicagarkan kepada Unit Amanah Saham

Pekerja Bergaji

  • Salinan kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank terkini selama 3 bulan (akaun di mana gaji dikreditkan)

dan sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:

  • Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC); atau
  • Sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini

Milikan Tunggal/Perkongsian

  • Salinan kad pengenalan
  • Pendaftaran perniagaan
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini
  • Penyata pendapatan tahunan (BE/B Form) terkini bersama resit pembayaran
  • Penyata kewangan perniagaan 2 tahun terkini

Kaedah Pembayaran

  • Arahan tetap dari akaun semasa Aliran Tunai Peribadi-i

Manfaat

  • Kadar pembiayaan yang kompetitif
  • Tanpa caj komitmen
  • Tanpa caj terselindung
  • Tanpa penjamin
  • Tanpa fi pemprosesan
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
  • Harga jualan – tetap dan diketahui
  • Kelulusan cepat

Lembaran Pendedahan Produk

*Tertakluk pada terma dan syarat

Print Friendly
Bank Islam