Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

Akaun Pelaburan Wafiyah


Akaun Pelaburan Wafiyah

Wafiyah – Akaun Pelaburan Pilihan Anda. Pelaburan yang berlandaskan kontrak Wakalah, Wafiyah menawarkan kadar keuntungan yang terbaik untuk pelaburan anda. Jadilah pelabur yang bijak dan melaburlah di dalam Akaun Pelaburan Wafiyah hari ini!

Ciri-ciri
Tempoh 1, 3 dan 6 bulan
Pelaburan Minima RM1,000 – 1 bulan
RM500 – 3 dan 6 bulan
Pelanggan Sasaran Individu dan Bukan Individu
Kelayakan Umur 18 tahun dan ke atas (bagi Individu)

Klik di sini untuk Terma dan Syarat.

Klik di sini untuk Lembaran Pendedahan Produk

1.Mengapa saya perlu melabur di dalam Wafiyah?

Peluang untuk mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi dan untuk menikmati faedah hasil daripada mempelbagaikan pelaburan anda.

2. Adakah selamat untuk melabur di dalam Wafiyah?

Selamat kerana ia mempunyai risiko pelaburan yang sangat rendah dan jaminan pelaburan di dalam Pembiayaan Rumah dan Peribadi kami.

3. Adakah Akaun Pelaburan Wafiyah mempunyai tahap maksima pelaburan?

Tiada tahap maksima di dalam pelaburan Wafiyah.

4. Adakah Akaun Pelaburan Wafiyah boleh diperbaharui secara automatik?

Ya. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memperbaharui Akaun Pelaburan Wafiyah secara automatik.

5. Adakah Akaun Pelaburan Wafiyah boleh dijadikan cagaran untuk kemudahan pembiayaan?

Ya. Pelanggan boleh menggunakan Akaun Pelaburan Wafiyah sebagai cagaran untuk kemudahan pembiayaan mereka dengan nisbah cagaran 1:1.
Print Friendly
Bank Islam