Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Akaun Simpanan-i Wadiah


Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan Wadiah, saluran bijak untuk anda menyimpan wang anda Berlandaskan kontrak Wadiah, kemudahan ini menyediakan anda kaedah simpanan selamat tanpa gangguan untuk wang anda dan memudahkan anda mengeluarkan wang itu apabila perlu.

CIRI-CIRI

Simpanan Minimum Ketika Membuka Akaun RM100.00
Baki Minimum RM10.00
Syarat Umur Terbuka kepada semua individu yang berumur 13 tahun dan ke atas
Jenis Akaun
Akaun Individu Bagi mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas
Amanah
  • Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun perlu membuka akaun bersama-sama ibu / bapa / penjaga yang sah disegi undang-undang
  • Akaun yang dibuka dan ditadbir oleh sebuah firma undang-undang untuk pelanggan mereka (hubungan peguam – pelanggan)
Akaun Bersama  Untuk membuka akaun bersama individu lain
Persatuan
Kumpulan Masyarakat
Kontrak Wadiah

MANFAAT

  • Hibah boleh diberikan setiap bulan tertakluk kepada budi bicara Bank
  • Buku Simpanan Percuma (apabila diminta)
  • Kemudahan Bankcard
  • Kemudahan Pengkreditan Gaji & Pindahan Automatik
  • Kemudahan Arahan Tetap
  • Kemudahan-kemudahan lain:
    • Pembayaran bil
    • bankislam.biz
    • Perbankan Mudah Alih-i TAP

KEMUDAHAN PERBANKAN ELEKTRONIK

ATM
  • Pengeluaran wang tunai
  • Pindahan dana
  • Permohonan penyata
  • Pembayaran bil utiliti
  • Pembayaran Zakat
  • Memasukkan wang ke Tabung Haji
  • Sumbangan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
  • Pendaftaran Perbankan Internet (bankislam.biz)
  • Penukaran PIN
  • Pertanyaan dan pengisian wang ke MEPS Cash
Perbankan Mudah Alih-i TAP Perbankan Mudah Alih-i TAP menggunakan satu cip inovatif berteknologi yang memaparkan menu perbankan didalam telefon mudah alih dengan paparan skrin yang mesra pengguna tanpa perlu bergelut untuk mengingati kata laluan dan arahan mahupun memuat turun aplikasi. Jenis perkhidmatan yang disediakan ialah pertanyaan baki, pindahan wang, tambah nilai prabayar, pembayaran bil dan banyak lagi.
e-Debit e-Debit (pindahan dana secara elektronik semasa pembelian) merupakan satu perkhidmatan di mana pelanggan membuat pembelian menggunakan Bankcard dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Amaun pembelian akan dipotong terus daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa mereka.
Tunai MEPS MEPS Cash merupakan satu aplikasi e-Purse dalam Bankcard anda. Ia menyimpan amaun nilai wang tertentu yang dimuatkan daripada akaun ATM yang boleh digunakan untuk pembelian kecil. MEPS Cash merupakan satu kaedah yang mudah untuk pembelian harian biasa.

* Tertakluk pada terma dan syarat

Layak untuk perlindungan oleh PIDM

Print Friendly
Bank Islam