Jumaat, 15 Disember 2017, 26 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:39 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:11 | Asar 4:34 | Maghrib 7:07 | Isyak 8:22

Akaun Semasa-i


Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Semasa untuk simpanan selamat bagi wang anda. Kemudahan ini berlandaskan kontrak Wadiah. Ia membolehkan anda merancang dengan bijak perbelanjaan bulanan anda dan membolehkan anda mengurus keperluan kewangan anda tanpa melibatkan wang tunai.

Ciri-ciri

Simpanan Minimum Ketika Membuka Akaun Simpanan permulaan minimum sebanyak RM500.00 bagi akaun individu dan RM1,000.00 bagi akaun bukan individu.
Syarat Umur Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Jenis Akaun
  • Akaun Individu
  • Akaun Bersama
  • Akaun Perkongsian
  • Akaun Kerajaan
  • Akaun Persatuan
  • Akaun Syarikat Swasta
  • Akaun Syarikat
Kontrak Wadiah

Manfaat

  • Hibah boleh diberikan setiap bulan tertakluk kepada budi bicara Bank
  • Sarung buku cek percuma
  • Kemudahan Bankcard (bagi individu/ Akaun Bersama & Akaun Syarikat Swasta Sahaja)
  • Kemudahan pengkreditan gaji & pindahan automatik
  • Kemudahan ‘Arahan Tetap’ bagi pembayaran bil dan lain-lain.
  • Cetakan penyata secara percuma di Mesin Cetak Penyata
  • Kemudahan-kemudahan lain:
    • Perbankan SMS
    • Perbankan Internet
    • Perbankan di meja

Kemudahan Perbankan Elektronik

ATM
  • Pengeluaran wang tunai
  • Pindahan dana
  • Permohonan penyata
  • Pembayaran bil utiliti
  • Pembayaran Zakat
  • Memasukkan wang ke Tabung Haji
  • Sumbangan ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
  • Pendaftaran Perbankan Internet (bankislam.biz)
  • Pendaftaran Perbankan SMS, bankislam.SMS
  • Penukaran PIN
  • Pertanyaan dan pengisian wang ke MEPS Cash
e-Debit

e-Debit (pindahan dana secara elektronik semasa pembelian) merupakan satu perkhidmatan di mana pelanggan membuat pembelian menggunakan Bankcard dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Amaun pembelian akan dipotong terus daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa mereka.

MEPS Cash

MEPS Cash merupakan satu aplikasi e-Purse dalam Bankcard anda. Ia menyimpan amaun nilai wang tertentu yang dimuatkan daripada akaun ATM yang boleh digunakan untuk pembelian kecil. MEPS Cash merupakan satu kaedah yang mudah untuk pembelian harian biasa.

* Tertakluk pada terma & syarat  (klik di sini)

Layak dilindungi oleh PIDM

Print Friendly
Bank Islam