Ahad, 26 Mei 2019, 21 Ramadhan 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:13 | Asar 4:37 | Maghrib 7:21 | Isyak 8:36

Uniteller


Projek Kerjasama Bank Islam – Lembaga Tabung Haji (TH) Servis Uniteller
Uniteller membolehkan pelanggan TH membuat transaksi TH di kaunter Bank Islam seperti transaksi tunai iaitu deposit (tunai dan bukan tunai), pengeluaran dan pindahan wang serta transaksi bukan tunai seperti pembukaan akaun baru, pengemaskinian buku akaun simpanan dan pendaftaran haji di mana-mana cawangan Bank Islam.

Transaksi boleh dibuat di semua 104 buah cawangan Bank Islam serta 780 terminal layan diri di seluruh negara.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Jenis Transaksi

No. Transaksi
1. Pembukaan Akaun Baru
• Akaun Dewasa
• Akaun Kanak-Kanak
2. Transaksi Melalui Kaunter
• Transaksi Simpanan melalui Kaunter
• Transaksi Pengeluaran Tunai Melalui Kaunter
3. Kemaskini Buku Akaun Simpanan
• Penggantian Buku Simpanan
• Kemaskini Buku Akaun Simpanan
• Cetak Nombor Akaun Baru
4. Pindahan wang antara akaun TH
5. Pendaftaran Haji

1. Pembukaan Akaun Baru

(Akaun Dewasa)

Perkara Terma dan Syarat
Agama Islam sahaja
Warganegara Malaysia sahaja
Dokumen Pengenalan Diri • MyKad/MyPolis/MyTentera, atau
• Kad Kuasa Polis/ Tentera
Umur 18 tahun ke atas
Minimum Simpanan Permulaan RM2.00
Minimum Baki Akaun RM2.00
Buku Akaun Simpanan TH Buku Akaun Simpanan TH akan diberikan kepada setiap pelanggan yang membuat pembukaan akaun baru TH.
Kad ATM Bank Islam
Status Pelanggan Kad ATM/Debit
Pelanggan Bank Islam Sedia Ada Akaun TH akan diaktifkan bersama kad ATM/Debit Bank Islam
Bukan Pelanggan Bank Islam Untuk pembukaan akaun baru TH, pelanggan hendaklah membuka Akaun Simpanan/Semasa Bank Islam bagi mendapatkan kad ATM/Debit Bank Islam yang akan diaktifkan ke akaun TH.

(Akaun Kanak-Kanak)

Perkara Terma dan Syarat
Agama Islam sahaja
Warganegara Malaysia sahaja
Dokumen Pengenalan Diri • Sijil Kelahiran
• Sijil Pengesahan Anak Angkat, atau
• MyKidMaklumat Penting:
• Ibubapa/Penjaga mestilah seorang warganegara Malaysia dan mempunyai akaun TH.
• Ibubapa/Penjaga hendaklah menunjukkan MyKad/MyPolis/MyTentera atau Kad Kuasa Polis/Tentera beserta Sijil Kelahiran/Sijil Pengesahan Anak Angkat/MyKid pemegang akaun.
• Penjaga adalah tertakluk kepada ‘Penjaga yang sah’ yang dibenarkan seperti berikut:
∗ Ibu dan bapa kandung
∗ Ibu dan bapa tiri
∗ Ibu dan bapa angkat yang berdaftar
• Kanak-kanak tidak diwajibkan hadir  semasa pembukaan akaun
Umur 18 tahun ke bawah
Minimum Simpanan Permulaan RM2.00
Minimum Baki RM2.00
Buku Akaun Simpanan TH Buku Akaun Simpanan TH akan diberikan kepada setiap pelanggan yang membuat pembukaan akaun baru

2. Transaksi Melalui Kaunter

Transaksi Simpanan melalui Kaunter

  1. Tunai
    • Transaksi minima ialah RM1.00
    • Transaksi simpanan tunai boleh dibuat tanpa Buku Akaun Simpanan TH
    • Pelanggan juga boleh membuat simpanan tunai melalui Mesin Deposit Tunai CDM*
  2. Bukan Tunai
    • Cek Tempatan, Cek Cawangan Sendiri, Kiriman Wang dan Wang Pos
    • Transaksi simpanan bukan tunai boleh dilakukan tanpa Buku Akaun Simpanan TH
    • Pelanggan juga boleh membuat simpanan bukan tunai melalui Mesin Deposit Cek CQM*

Transaksi Pengeluaran Tunai Melalui Kaunter

  1. Baki akaun minima ialah RM2.00;
  2. Transaksi pengeluaran minima adalah RM1.00;
  3. Pelanggan hanya boleh membuat pengeluaran tunai;
  4. Pelanggan perlu membawa Buku Akaun Simpanan TH dan pengenalan diri untuk membuat pengeluaran tunai melalui kaunter;
  5. Pengeluaran maksima di kaunter adalah RM10,000 sehari; dan
  6. Pelanggan juga boleh membuat pengeluaran tunai melalui Mesin

3. Kemas kini Buku Akaun Simpanan TH

Penggantian Buku Akaun Simpanan TH

Sebab-sebab Penggantian Penerangan
Buku Akaun Simpanan TH Penuh • Pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 yang akan didebit secara automatik dari akaun pelanggan oleh pihak TH.
Hilang/Rosak (Kesilapan Pelanggan) • Pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM5.00 yang akan didebit secara automatik dari akaun pelanggan oleh pihak TH.
• Sekiranya Buku Akaun Simpanan TH hilang/rosak, pelanggan perlu melengkapkan Borang Indemniti.

Kemas kini Buku Akaun Simpanan TH

  1. Pelanggan boleh mengemas kini Buku Akaun Simpanan TH di kaunter Bank Islam

Cetak Nombor Akaun Baru

  1. Nombor akaun baru TH mempunyai lima belas (15) digit, manakala nombor akaun lama hanya mempunyai lapan (8) digit
  2. Pihak Bank akan mencetak nombor akaun baru pada Buku Akaun Simpanan TH anda

4. Pindahan Wang antara Akaun TH

  1. Pindahan Wang antara Akaun TH;
  2. Had pindahan maksima wang ialah RM50,000 sehari; dan
  3. Pelanggan juga boleh membuat pindahan wang melalui mesin ATM*

5. Pendaftaran Haji

  1. Baki akaun minimum ialah RM1,305.00
  2. Boleh membuat pendaftaran untuk ahli keluarga (isteri dan anak);
  3. Dokumen yang diperlukan:
    • Borang Pendaftaran Haji di Bank Islam;
    • Salinan MyKad, atau Kad Kuasa Polis/ Tentera, atau MyPR (untuk pemastautin tetap);
    • Buku Akaun Simpanan Tabung Haji

* Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Print Friendly