Ahad, 26 Mei 2019, 21 Ramadhan 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:13 | Asar 4:37 | Maghrib 7:21 | Isyak 8:36

PTPTN – SSPN-i


1.0 Pengenalan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan para ibu bapa/penjaga menabung untuk pendidikan tinggi anak-anak/jagaan mereka.

2.0 Keistimewaan SSPN-i

  • Layak memohon pinjaman pendidikan;
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

3.0 Perkhidmatan SSPN-i di Bank Islam

Di Bank Islam, pelanggan boleh menikmati pelbagai perkhidmatan SSPN-i dengan mudah. Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan:

3.1 Pembukaan akaun SSPN-i

Pelanggan boleh membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Bank Islam.

3.1.1 Syarat-syarat untuk pembukaan akaun

3.1.1.1 Had umur

Kategori 1:

Warganegara Malaysia berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun, akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain untuk penerima manfaat.

Kategori 2:

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.

Kategori 3 (Akaun Individu):

Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.

3.1.2 Deposit pembukaan akaun SSPN-i ialah RM20.

3.1.3 Dokumen yang diperlukan untuk pembukaan akaun SSPN-i di cawangan Bank Islam

 

  • Borang Permohonan;
  • Salinan MyKad / Kad Askar / Kad Polis Pendeposit; dan
  • Salinan MyKid / Sijil Lahir / MyKad anak; atau Sijil Anak Angkat (jika Akaun SSPN-i dibuka untuk anak angkat).

3.2 Penyambungan akaun SSPN-i ke Kad ATM Bank Islam

3.2.1 Dokumen yang diperlukan

  • MyKad / Kad Askar / Kad Polis Pendeposit;
  • Kad ATM; dan
  • Borang Pendaftaran Akaun SSPN-i yang lengkap.

3.3 Terminal Khidmat Layan Diri

Perkhidmatan Cawangan Bank Islam Mesin Juruwang Automatik (ATM) Mesin Deposit Tunai (CDM)
1. Pertanyaan baki akaun SSPN-i X X
2. Pindahan daripada / ke akaun SSPN-i* X X
3. Pengeluaran tunai daripada akaun SSPN-i** X
4. Deposit tunai ke akaun SSPN-i X X

*Pindahan Minimum:

1) Pindahan daripada Akaun SSPN-i ke akaun Bank Islam RM10.00.

2) Pindahan daripada akaun Bank Islam ke akaun SSPN-i RM2.00.

Pindahan Maksimum:

Mengikut had transaksi pindahan harian ATM yang telah ditetapkan oleh Bank Islam atau oleh pelanggan yang tidak melebihi RM30,000.00 (termasuk pindahan ke akaun Bank Islam, Pindahan GIRO( IBG), Pindahan Segera (IBFT), SSPN-i, dan Tabung Haji).

**Pengeluaran Minimum: RM10.00

Pengeluaran Maksimum: Mengikut had transaksi pengeluaran harian iaitu RM5,000.00 (termasuk had pengeluaran tunai daripada akaun Bank Islam, SSPN-i, dan Tabung Haji).

Nota: Semua baki akaun SSPN-i akan dikemas kini serta-merta selepas transaksi. Walau bagaimanapun, wang yang disimpan/dipindahkan hanya boleh digunakan pada hari seterusnya.

4.0 Caj Transaksi

Saluran Transaksi Caj Akaun yang Dikenakan Caj
Cawangan 1. Pembukaan akaun SSPN-i Tiada caj Tidak berkaitan
2. Penyambungan akaun SSPN-i Tiada caj Tidak berkaitan
ATM Pengeluaran wang daripada akaun SSPN-i RM0.50 Akaun SSPN
Pindahan daripada akaun SSPN-i ke akaun Bank Islam RM0.50 Akaun SSPN
Pindahan daripada akaun Bank Islam ke akaun SSPN-i RM0.50 Akaun Bank Islam
Pertanyaan baki akaun SSPN-i Tiada caj Tidak berkaitan
CDM Deposit tunai ke akaun SSPN-i Tiada caj Tidak berkaitan
Pertanyaan baki akaun SSPN-i Tiada caj Tidak berkaitan

5.0 Waktu Operasi

(A) Cawangan Bank Islam

Semua negeri (kecuali Kelantan dan Terengganu)

Isnin – Khamis : 9:30 pagi – 4:30 petang
Jumaat : 9:30 pagi – 12:30 petang
: 2:30 pagi – 4:30 petang

Kelantan dan Terengganu

Ahad – Khamis : 9:30 pagi – 4:30 petang

(B) Perkhidmatan SSPN-i di ATM/CDM Bank Islam : 6:00 pagi – 12:00 tengah malam.

6.0 Pertanyaan

  • Pusat Panggilan Bank Islam 03-26 900 900; atau
  • Pusat Panggilan PTPTN 03-21 933 000

 

 

Print Friendly