Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

e-Pengeluaran KWSP


 Soalan Lazim (FAQ)

Pengenalan
Nikmati kemudahan pembayaran pembiayaan rumah dengan akaun KWSP melalui perbankan Internet Bank Islam. Sila daftar i-AKAUN di laman web www.kwsp.gov.my atau di cawangan KWSP yang berhampiran dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan untuk membuat permohonan pengeluaran.

 

Syarat-syarat

  • Pelanggan Pembiayaan Rumah-i Bank Islam
  • Akaun bukan di bawah status NPF & Status lelongan
  • Ahli KWSP & pemegang i-AKAUN
  • Pengeluaran simpanan KWSP yang seterusnya

 

Langkah-langkah

Langkah-langkah permohonan melalui e-Pengeluaran KWSP

  1. Layari laman web www.kwsp.gov.my
  2. Daftar i-AKAUN
  3. Pilih e-Pengeluaran
  4. Pilih Bank Islam
  5. Pengesahan & hantar permohonan
  6. Terima notis pemberitahuan daripada KWSP
  7. Kunjungi cawangan KWSP yang berhampiran untuk pengesahan cap jari
  8. Bayaran akan dikreditkan terus ke Akaun Simpanan atau Pembiayaan berdasarkan permohonan pengeluaran.


Faedah

  • Tempoh pemprosesan segera
  • Mudah
  • Penjimatan kos
  • Pengurusan transaksi dan data yang selamat

 

Fi

Jumlah fi yang dikenakan untuk pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:

  •  Permohonan secara manual: RM21.20 (termasuk GST 6%)
  •  Permohonan secara online: RM10.60 (termasuk GST 6%)
Print Friendly
Bank Islam