Sabtu, 16 Disember 2017, 27 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:40 | Subuh 5:50 | Syuruk 7:10 | Zohor 1:12 | Asar 4:34 | Maghrib 7:08 | Isyak 8:23

Pindahan Segera (IBFT) melalui ATM


Perkhidmatan IBFT di ATM Bank Islam

  • Pemegang kad ATM/Debit Bank Islam kini boleh melakukan pindahan dana antara bank secara terus ke Bank lain yang menyertai perkhidmatan MEPS IBFT* ini.
  • Di mesin ATM Bank Islam,pemegang kad ATM Bank lain juga boleh melakukan pindahan dana kepada :
    1. Akaun Bank Islam atau
    2. Akaun lain di Bank mereka sendiri

IBFT untuk Pemegang Kad Bank Islam di ATM Bank Lain (MEPS)

  • Pemegang kad ATM/Debit Bank Islam boleh juga melakukan pindahan dana menggunakan mesin ATM Bank lain di dalam rangkaian MEPS.
  • Pindahan dana yang dibenarkan adalah :
    1. dari akaun Bank Islam (Semasa/Simpanan) ke akaun Bank Islam yang lain dan
    2. dari akaun Bank Islam (Semasa/Simpanan) ke akaun lain yang berada di Bank yang menyediakan mesin ATM tersebut.

Bank Islam sebagai Penerima

  • Melalui perkhidmatan MEPS IBFT ini, Bank Islam juga boleh menerima dana yang dipindahkan oleh pemegang kad Bank lain(MEPS) melalui mesin ATM Bank mereka sendiri.

Jenis akaun penerima di Bank Islam

  • Jenis akaun yang dibenarkan untuk pengkreditan di Bank Islam untuk perkhidmatan MEPS IBFT ini adalah Semasa, Simpanan, Pembiayaan dan Kad Kredit.

Had Transaksi Harian

  • RM30,000.00 (termasuk had pindahan dalam bank, IBG dan Tabung Haji)

Caj Transaksi

  • RM1.06* – pindahan dari/ke Bank tempatan MEPS
  • RM4.24* – pindahan dari/ke MEPS Local Incorporated Foreign Bank (LIFB) seperti Citibank, UOB dan HSBC

Nota: *Yuran/caj adalah termasuk 6% GST jika berkenaan, mulai 1 April 2015

Senarai Bank yang menyertai

 No. Nama Bank
1. Affin Bank
2. Agro Bank
3. Alliance Bank
4. Al Rajhi Bank
5. AmBank
6. Bank Islam
7. Bank Rakyat
8. Bank Simpanan Nasional
9. CIMB Bank
10. Citibank
11. Hong Leong Bank
12. HSBC Bank
13. Kuwait Finance House
14. Maybank
15. Public Bank
16. RHB Bank
17. UOB Bank
18. Standered Chartered
19. Bank Muamalat
20. OCBC

IBFT-en

Print Friendly
Bank Islam