Isnin, 9 Disember 2019, 12 Rabiulakhir 1441H Waktu Solat:

Soalan-Soalan Lazim


1. Apa yang perlu sebagai permulaan?

Setelah mendaftar makluman SMS pengaktifan akan dihantar ke telefon mudah alih anda. Taipkan nombor pin semasa anda mengakses Perbankan Mudah Alih-i TAP. Pegawai bank akan membantu anda untuk mengakses ke akaun.Anda perlu ingat nombor pin dan juga kata laluan yang telah anda pilih dan mula menggunakan Perbankan Mudah Alih-i TAP setelah pengaktifan dilakukan pada telefon mudah alih.Sila rujuk kepada menu Terma dan Syarat akaun anda.

2. Adakah saya perlu memuat turun aplikasi atau sebarang keperluan data kedalam telefon mudah alih untuk menggunakan

TAP? Adakah ianya memerlukan akses internet?

Tidak, Perbankan Mudah Alih-i TAP adalah aplikasi yang tidak memerlukan muat turun kedalam telefon dan sebarang data untuk menggunakan TAP. Ianya juga tidak memerlukan akses internet.
3. Bagaimanakah caranya untuk mula menggunakan Perbankan Mudah Alih-i TAP?

Berikut adalah talian telekomunikasi utama yang boleh digunakan bagi Perbankan Mudah Alih-i TAP. Sila rujuk kepada jadual dibawah untuk mengesan dan akses Perbankan Mudah Alih-i TAP:

No.Syarikat TelekomunikasiPelanLokasi
1.Maxis
Pasca Bayar
Pra Bayar
Easy Access
Easy Access
2.Digi
Pasca Bayar
Pra Bayar
Digi Service
My Phonebook
3.Celcom
Pasca Bayar
Pra Bayar
SIM Tool Kit
SIM Tool Kit / SIM Application
4.U Mobile
Pasca Bayar
Pra Bayar
SIM Tool Kit
SIM Tool Kit / SIM Application

* Nota:

1. Easy Access kebiasaanya akan ditemui di aplikasi atau tool.
2. Sim Tool Kit kebiasaanya akan ditemui di Service

3. Bagi pengguna Sony Ericsson , akan ditemui di Entertainment.

4. Adakah fi akan dikenakan bagi permohonan TAP? Adakah terdapat sebarang caj bagi transaksi TAP?

Ya, fi RM8.00 akan dikenakan sebagai bayaran tahunan bagi semua pengguna TAP. Sila kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran dan mohon perkhidmatan Perbankan Mudah Alih-i TAP. Berikut adalah fi dan caj Perbankan Mudah Alih-i TAP:

* Berkuatkuasa 1 Jun 2018, 0% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan


No.
Jenis TransaksiAmaun (RM)
1.Caj Servis Tahunan TAP*8.00
2.Penggantian TAP*8.00
3.Tambah Nilai Pra Bayar TAP*0.30
4.Caj Servis Peringatan TAP*0.20
5.Pertanyaan Baki Akaun Simpanan & Semasa ( hanya akan dicaj selepas transaksi keempat dan keatas dalam sehari )*0.30
6.Pembayaran Bil*1.00
7.Giro Antara Bank (IBG)*0.10
8.Interbank Fund Transfer (IBFT)0.00
9Interbank Fund Transfer (IBFT) melebihi RM5000.00 ke atas
0.50
10.Pindahan Wang ke Akaun Simpanan & Semasa Sendiri TAPPercuma
11.Pindahan Wang ke Akaun Pihak Ketiga TAPPercuma
12.Pendaftaran Akaun BankPercuma
13.Penukaran Pin & Kata Laluan TAPPercuma

 

5. Apakah ciri-ciri yang tersedia didalam Perbankan Mudah Alih-i TAP?

Ciri-ciri yang tersedia didalam Perbankan Mudah Alih-i TAP termasuk menyemak baki akaun,pindahan wang,tambah nilai pra bayar,pembayaran bil dan pindahan wang ke bank lain melalui Giro antara bank ( IBG ).

Perbankan Mudah Alih-i TAP boleh diakses 23 jam,ianya cepat,mudah dan membenarkan anda menjalankan transaksi tidak kira dimana dan pada bila-bila masa asalkan terdapat talian telekomunikasi.

 

6. Adakah saya akan menerima SMS atau email setelah berjaya membuat transaksi malalui Perbankan Mudah Alih-i TAP?

Segala urusan transaksi yang berjaya dan gagal akan diberikan notis melalui SMS daripada Bank Islam.

Sila ambil perhatian bahawa akan terdapat nombor rujukan bersama SMS.Berdasarkan kepada nombor rujukan tersebut anda boleh menyemak dengan cawangan Bank Islam atau Pusat Panggilan kami bagi transaksi tersebut.

 

7. Bagaimanakah sekiranya saya terlupa nombor pin atau kata laluan? Apakah yang saya perlu lakukan?

Anda akan diberikan 3 kali percubaan untuk mengakses Perbankan Mudah Alih-i TAP.Sekiranya percubaan melangkaui had maksima, Pin atau Kata Laluan anda secara automatik akan disekat dan anda perlu mendapatkan cip penggantian Perbankan Mudah Alih-i TAP yang baru daripada mana-mana cawangan Bank Islam.

Sila hubungi Pusat Panggilan kami dengan segera atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam.

 

8. Apakah akan terjadi sekiranya saya terlupa untuk keluar daripada menu atau dan membiarkan telefon mudah alih untuk satu jangkawaktu yang lama?

Sebagai satu langkah keselamatan Perbankan Mudah Alih-i TAP akan keluar daripada menu sekiranya telefon mudah alih dibiarkan untuk lebih daripada 60 saat secara automatik.


9. Sewaktu menjalankan transaksi Perbankan Mudah Alih-i TAP terdapat panggilan masuk, maka apa yang perlu saya lakukan?

Sebarang panggilan masuk tidak akan mengganggu sesi Perbankan Mudah Alih-i TAP. Walaubagaimanapun sekiranya anda kekal tidak aktif dalam jangkamasa lebih daripada 60 saat maka secara automatik akan terkeluar daripada menu.


10. Apakah yang akan berlaku sekiranya telefon mudah alih saya hilang?

Anda diminta agar menghubungi Pusat Panggilan kami dengan segera atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam untuk mendapatkan penggantian baru untuk cip Perbankan Mudah Alih-i TAP.


11. Adakah servis Perbankan Mudah Alih – i TAP boleh digunapakai untuk pelan prabayar?

Perbankan Mudah Alih-i TAP berfungsi untuk semua jenis pelan perkhidmatan telefon mudah alih.Berikut adalah jadual bagi baki minima yang perlu ada mengikut pelan perkhidmatan talian telekomunikasi untuk menjalankan urusan transaksi Perbankan Mudah Alih-i TAP.

No.Syarikat TelekomunikasiPelanAmaun (RM)
1.MaxisPra Bayar5.00
2.DigiPra Bayar5.00
3.CelcomPra Bayar5.00
4.U MobilePra Bayar5.00
5.XOX
Pra Bayar5.00


12. Bagaimana dengan tahap keselamatan Perbankan Mudah Alih-i TAP?

Bagi memelihara tahap kesulitan maklumat pelanggan dan keselamatan setiap transaksi pihak bank menggunakan sistem dwi pengesahan keselamatan yang berteknologi tinggi dan terkini.

Print Friendly, PDF & Email