Isnin, 9 Disember 2019, 12 Rabiulakhir 1441H Waktu Solat:

Bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria


Terma dan Syarat

 

1. Sumbangan boleh dibuat dari 5 Disember 2017 hingga 31 Januari 2018.

2. Hasil sumbangan yang dikumpulkan dalam tempoh tersebut akan disalurkan kepada SALAM RELIEF untuk diagihkan ke Kem Pelarian Syria yang terletak di REYHANLI, HATAY di Turki.

3.Pelanggan boleh membuat sumbangan melalui mana-mana saluran ke SALAM RELIEF (14014010152670) di Bank Islam. Setiap sumbangan yang dibuat tertakluk kepada fi yang dikenakan untuk saluran yang digunakan seperti yang dinyatakan di dalam www.bankislam.com.my.

4. Setiap sumbangan yang diterima, 5% daripada jumlah tersebut akan disalurkan kepada Bank Islam bagi urusan pentadbiran kempen.

5. Penghantaran dan pengurusan dana akan dilakukan oleh SALAM RELIEF ke kem pelarian seperti yang dinyatakan. Sebagai alternatif, dana-dana yang dikumpulkan akan diagihkan pada waktu kemudian atau disalurkan untuk pelarian Syria yang ditempatkan di kem-kem pelarian yang lain.

6. Pihak Bank Islam tidak akan bertanggungjawab di atas salah laku satu pihak, atau apa-apa pertikaian serta perselisihan di antara penderma dan SALAM RELIEF berhubung usaha pengumpulan dana ini. Sekiranya ada percanggahan, ianya hendaklah di selesaikan bersama oleh pelanggan dengan pihak SALAM RELIEF dengan segera.

7. Untuk maklumat tambahan atau penjelasan lanjut mengenai Bantuan Kemanusiaan Syria yang diselaraskan oleh pertubuhan bukan kerajaan ini, sila hubungi wakil-wakil pihak SALAM RELIEF secara langsung di talian +6019-240 1615 dan +6013-282 8405.

Print Friendly, PDF & Email