Isnin, 22 Julai 2019, 19 Zulkaedah 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:41 | Subuh 5:51 | Syuruk 7:11 | Zohor 1:22 | Asar 4:46 | Maghrib 7:30 | Isyak 8:44

Interbank GIRO (IBG)


Interbank GIRO (IBG) adalah sistem pindahan dana antara bank yang disediakan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).

Pelanggan individu boleh melakukan transaksi IBG melalui saluran perkhidmatan Bank Islam seperti berikut :

i. Cawangan
- jumlah maksima untuk setiap transaksi adalah RM500,000.

ii. Perbankan Internet
- jumlah maksima untuk setiap transaksi adalah RM50,000 sehari.

iii. Perbankan Mudah Alih-i TAP
- jumlah maksima untuk setiap transaksi adalah RM30,000 sehari.

iv. ATM
- jumlah maksima untuk setiap transaksi adalah RM30,000 sehari.

 Tempoh Penerimaan Dana ::

Hari Transaksi Waktu Transaksi Penerimaan Dana*
(12:00 tengah malam)
Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
Hari Bekerja
(Isnin – Jumaat)
Sebelum 5:00 pagi Hari yang sama Pada 11:00 pagi Hari yang sama Pada 5:00 petang
5:01 pagi hingga 8:00 pagi Hari yang sama Pada 2:00 petang Hari yang sama Pada 8:00 malam
8:01 pagi hingga 11:00 pagi Hari yang sama Pada 5:00 petang Hari yang sama Pada 11:00 malam
11:01 pagi hingga 2:00 petang Hari yang sama Pada 8:00 malam Pada hari bekerja berikutnya Pada 11:00 pagi
2:01 petang hingga 5:00 petang Hari yang sama Pada 11:00 malam Pada hari bekerja berikutnya Pada 11:00 pagi
Selepas 5:00 petang Pada hari bekerja berikutnya Pada 11:00 pagi Pada hari bekerja berikutnya Pada 5:00 petang
Hari Tidak Bekerja
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)
Pada hari bekerja berikutnya Pada 11:00 pagi Pada hari bekerja berikutnya Pada 5:00 petang

* Nota : Waktu sebenar dana diterima adalah bergantung kepada Institusi Kewangan / Bank penerima.


Fi dan Caj :

Di Kaunter (Cawangan)

Jenis akaun penghantar 2 transaksi pertama dalam sebulan Transaksi seterusnya
Akaun Simpanan Asas
Akaun Semasa Asas
RM0.50 RM2.00
Akaun Simpanan
Akaun Semasa
RM2.00 RM2.00

Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih-i TAP

Jenis akaun penghantar 2 transaksi pertama dalam sebulan Transaksi seterusnya
Simpanan Asas / Semasa Asas / Simpanan / Akaun Semasa RM0.10 RM0.10

ATM

Jenis akaun penghantar 2 transaksi pertama dalam sebulan Transaksi seterusnya
Simpanan Asas / Semasa Asas / Simpanan / Akaun Semasa RM0.30 RM0.30

Senarai Bank yang menyertai perkhidmatan IBG

Klik di sini untuk maklumat IBG yang terbaharu.

Klik di sini untuk cara penggunaan IBG melalui ATM

Print Friendly