Isnin, 17 Jun 2019, 13 Syawal 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:17 | Asar 4:43 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:42

DuitNow


Promotion_Bank_Islam

Cara mudah untuk memindah dan menerima wang menggunakan nombor telefon atau ID.

 

Apakah DuitNow?

DuitNow adalah perkhidmatan baharu yang membolehkan anda memindahkan dana kepada penerima dengan menggunakan ID DuitNow tanpa menggunakan nombor akaun. Anda boleh mendaftar dan memindahkan wang dengan DuitNow melalui Perbankan Internet Bank Islam.

 

ID berikut boleh digunakan untuk mendaftar DuitNow:

  1. Nombor telefon bimbit (tempatan)
  2. Nombor KP
  3. Nombor tentera atau polis
  4. Nombor pasport
  5. Nombor pendaftaran syarikat (pemilik tunggal)

 

Kelebihan:

  1. Pindahkan wang ke mana saja, pada bila-bila masa. Anda hanya perlukan nombor telefon penerima.
  2. DuitNow SELAMAT. Data anda dilindungi dan hanya boleh diakses melalui Perbankan Internet.
  3. Anda tidak perlu mendaftar untuk pindahan wang melalui nombor telefon. Anda hanya perlu mendaftar jika ingin menerima wang melalui nombor telefon.
  4. Pengesahan nama penerima sebelum anda membuat pindahan wang.

 

Perkhidmatan:

  1. Pendaftaran ID DuitNow
  2. Penyelenggaraan ID DuitNow – Tukar status anda sama ada Aktif atau Tidak Aktif
  3. Pindahkan ID DuitNow anda dari bank lain ke Bank Islam
  4. Pembatalan ID DuitNow

 

Caj & Fi:

Perkhidmatan Caj setiap transaksi (RM)
Pendaftaran ID DuitNow Percuma
Tukar ID DuitNow ke Bank Islam Percuma
Penyelenggaraan ID DuitNow Percuma
Pindahan di bawah RM5,000 Percuma
Pindahan melebihi RM5,000 RM0.50

 

Terma & Syarat:

Pendaftaran ID DuitNow Klik di sini untuk muat turun Terma & Syarat
DuitNow Klik di sini untuk muat turun Terma & Syarat

 

Soalan-Soalan Lazim

Klik di sini untuk muat turun

Print Friendly