Isnin, 20 Februari 2017, 23 Jamadilawal 1438H Waktu Solat:
KL Imsak 6:00 | Subuh 6:10 | Syuruk 7:25 | Zohor 1:30 | Asar 4:47 | Maghrib 7:29 | Isyak 8:39

ATM Kad


 atmsmartcard

 

Kad Pintar ATM merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan Bank Islam selepas membuka akaun simpanan atau akaun semasa di cawangan-cawangan Bank Islam. Kad ini menggunakan teknologi cip dari Perancis yang bukan sahaja selamat, malahan memberikan kefleksibelan ketika bertransaksi Kad ini merupakan kad pembayaran serba guna dan juga dikenali sebagai Bankcard yang mengandungi 3 aplikasi:

  1. ATM
  2. e-Debit MEPS
  3. MEPS Cash

Kad Pintar Bank Islam merupakan ahli rangkaian Malaysian Electronic Payment System (MEPS) sejak tahun 2000 untuk membolehkan rangkaian ATM Bank Islam berintegrasi dengan hampir 4,000 ATM. Dengan itu, ia menyediakan kemudahan dan persekitaran tanpa gangguan kepada pelanggan Bank Islam ketika melakukan urus niaga perbankan mereka.

 

MANFAAT

Aplikasi ATM

  • Pengeluaran wang tunai sehingga RM1,000.00 bagi setiap transaksi, tertakluk pada had maksimum harian sebanyak RM3,000.00 atau 3 transaksi sehari.
  • Pengeluaran wang tunai daripada lebih 4,000 ATM dalam rangkaian MEPS
  • Pertanyaan Baki
  • Pendaftaran Perbankan Internet
  • Pendaftaran Perbankan SMS
  • Permohonan Buku Cek
  • Permohonan Penyata Akaun Semasa
  • Penempatan Akaun Pelaburan
  • Pindahan dana ke akaun lain (di dalam Bank Islam)
  • Pembayaran bil/utiliti
  • Bil IPTA – UiTM, UKM (senarai IPTA akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa)
  • Derma Kebajikan YPEIM
  • Penukaran Nombor Pengenalan Peribadi (PIN)

Aplikasi e-Debit MEPS

  • e-Debit (pindahan dana secara elektronik semasa jualan) merupakan satu perkhidmatan pembelian oleh pengguna yang menggunakan Bankcard dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Amaun pembelian akan dipotong terus daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa mereka.
  • Kaedah e-Debit adalah selamat dan mudah bagi membuat pembayaran ketika pembelian.

Aplikasi MEPS Cash

  • MEPS Cash merupakan satu aplikasi e-purse dalam Bankcard anda yang menyimpan sejumlah tertentu nilai wang yang diisi daripada akaun anda. Ia boleh digunakan untuk pembelian kecil.

Khidmat Pelanggan
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau kehilangan Kad Pintar ATM anda, sila hubungi pegawai kami di talian 603-26 900 900.

(Talian Khidmat Pelanggan kami beroperasi 24 jam)

Print Friendly
Al Awfar Countdown February-01