Jumaat, 15 Disember 2017, 26 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:39 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:11 | Asar 4:34 | Maghrib 7:07 | Isyak 8:22

BIMB Dana Al-Fakhim


Logo final OL
Pengurus Dana BIMB Investment Management Berhad
Kategori/ Jenis Dana Pasaran Wang/ Pendapatan
Pemegang Amanah ABB Trustee Berhad

Objektif Pelaburan

Dana menawarkan pendapatan teratur* dengan melabur di dalam debentur-debentur
patuh Syariah, instrumen pasaran wang dan penetapan deposit jangka pendek.
Nota:
*Dana mengagihkan pendapatan (jika ada) pada setiap suku tahun. Pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, Pemegang Unit akan menerima unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan tersebut.
Sebarang perubahan kepada objektif pelaburan memerlukan kelulusan daripada Pemegang Unit.
Polisi dan Strategi Pelaburan Dana ini adalah dana pasaran wang yang diuruskan secara aktif untuk menyediakan satu aliran* pendapatan teratur. Pelaburan Dana sebahagian besarnya terhad kepada penempatan instrumen patuh Syariah deposit jangka pendek dengan institusi kewangan, Sukuk jangka pendek yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia, agensi-agensi yang disokong oleh kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat Malaysia dan instrumen pasaran wang. Sukuk jangka pendek yang diterbitkan oleh syarikat Malaysia mestilah mempunyai penarafan kredit minimum AA3 oleh RAM atau AA- oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setaraf oleh agensi penarafan lain. Instrumen pasaran wang adalah termasuk bil penerimaan patuh Syariah, penerimaan jurubank, sijil deposit, kertas komersial oleh syarikat-syarikat yang mempunyai taraf kredit jangka masa pendek minimum P1 oleh RAM atau MARC-1 oleh MARC atau sebarang penarafan kredit yang setaraf oleh agensi penarafan yang diiktiraf.
Nota:
*Dana mengagihkan pendapatan (jika ada) pada setiap suku tahun. Pengagihan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, Pemegang Unit akan menerima unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan tersebut.
Peruntukan Aset Harta Dana hendaklah terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan. Pelaburan yang dibenarkan adalah patuh Syariah:
a. debentur jangka pendek;
b. instrumen pasaran wang dan
c. penempatan dalam deposit jangka pendek.
Nilai pelaburan Dana dalam pelaburan yang dibenarkan mestilah tidak kurang daripada 90% daripada NAB Dana. Nilai pelaburan Dana dalam pelaburan yang dibenarkan di mana mempunyai baki tempoh matang tidak lebih daripada 365 hari mestilah tidak kurang daripada 90% daripada NAB Dana. Nilai pelaburan Dana dalam pelaburan yang dibenarkan yang mempunyai baki tempoh matang lebih daripada 365 hari tetapi kurang daripada 732 hari tidak boleh melebihi 10% daripada NAB Dana.
Profil Pelabur Sesuai bagi pelabur yang:

  • Adalah konservatif secara semula jadi
  • Mengutamakan aliran pendapatan * biasa.
  • Ingin mendapatkan pulangan yang berpatutan yang sepadan dengan pelaburan risiko yang rendah.
  • Mengutamakan pelaburan jangkamasa pendek.
  • Berkeinginan untuk mencairkan sementara pelaburan atau mengurangkan pendedahan dalam ekuiti.
Nota:
*Dana akan mengagihkan pendapatan (jika ada) secara suku tahunan. Pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, pemegang Unit akan menerima Unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Tarikh Diterbitkan 27 Disember 2001
Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos
Profil Risiko Pelabur Rendah
Dasar Pengagihan Dana akan mengagihkan pendapatan* (jika ada) pada setiap suku tahunan.
Nota:
*Pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik. Oleh itu, Pemegang Unit akan menerima Unit tambahan daripada pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Pelaburan Permulaan Minimum RM1,000
Pelaburan Tambahan Minimum RM100
Pilihan Pelaburan Sekali gus/ Simpanan Berkala.
Tempoh Bertenang Tempoh bertenang selama enam (6) Hari Perniagaan dari tarikh Pengurus menerima pelaburan diberikan kepada pelabur yang melabur dengan BIMB Invest untuk kali pertama.
Pegangan Minimum 1,000 unit
Fi
Caj Jualan Tiada
Caj Belian Balik Pengurus TIDAK akan mengenakan apa-apa caj belian balik ke atas apa-apa urus niaga belian balik yang dibuat oleh Pemegang Unit.
Fi Pertukaran
a. Kali Pertama

Tiada

b. Kali ke-2 dan seterusnya RM25 bagi setiap urus niaga (fi pertukaran dikecualikan bagi pelabur yang mempunyai jumlah pelaburan dengan BIMB Invest sebanyak RM100,000 dan ke atas).
Fi Pengurusan Tahunan 0.50% daripada NAB Dana
Fi Pemegang Amanah Tahunan 0.02% daripada NAB Dana

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan kami yang berhampiran atau hubungi Pusat Panggilan kami di 03-26 900 900.

PELABUR DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN PROSPEKTUS INDUK YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL.

Print Friendly
Bank Islam