Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1)


Pengurus BIMB Investment Management Berhad
Pengurus Dana Sasaran
Arabesque Asset Management Ltd
Kategori/ Jenis Dana Dana Pengantara / Pendapatan & Pertumbuhan
Pemegang Amanah Deutsche Trustees Malaysia Berhad (763590-H)
Objektif Pelaburan Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang.

Sebarang perubahan penting terhadap objektif pelaburan memerlukan kelulusan pemegang unit.

Polisi dan Strategi Pelaburan
  • Dana ini akan melabur sekurang-kurangnya 70% daripada NAB Dana ke dalam Dana Sasaran dan maksimum 30% daripada NAB Dana ke dalam instrumen pasaran wang, deposit tetap dan/atau aset cair.
  • Pengurus boleh mengguna pakai kedudukan defensif sementara yang mungkin tidak konsisten dengan strategi utama Dana dengan cara mengurangkan pelaburan ke dalam Dana Sasaran dan meningkatkan tahap kecairan Dana semasa keadaan pasaran yang kurang memberangsangkan untuk melindungi kepentingan Pemegang Unit.
Peruntukan Aset
  • Minimum 70% daripada NAB Dana akan dilaburkan dalam Dana Sasaran; dan
  • Maksimum 30% daripada NAB Dana akan dilaburkan di dalam instrumen pasaran wang islam, deposit tetap islam dan/atau aset cair islam.
Profil Pelabur Dana ini sesuai terutamanya kepada Pelabur Sofistikated:

  • Mencari pendedahan kepada ekuiti global pasaran membangun patuh Syariah
  • Mencari peningkatan modal
  • Mempunyai toleransi risiko yang sederhana hinnga tinggi
  • Mempunyai ufuk pelaburan 5 tahun atau lebih
Tarikh Diterbitkan 5 November 2015
Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac
Profil Risiko Pelabur Sederhana hingga risiko tinggi
Dasar Pengagihan Pengurus akan mengisytiharkan agihan pendapatan tahunan (tertakluk kepada pendapatan yang diperolehi), selepas akhir tahun kewangan yang pertama.
Pelaburan Permulaan Minimum RM30,000 / USD10,000, atau apa-apa amaun yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
Pelaburan Tambahan Minimum RM15,000 / USD5,000, atau apa-apa amaun yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
Kekerapan belian balik Tidak ada sekatan kepada kekerapan belian balik.
Tempoh Bertenang Dana ini tiada tempoh bertenang diperuntukkan. Pemegang unit boleh membuat belian balik berdasarkan NAB Unit Dana pada mana-mana hari perniagaan, mengikuti proses dan prosedur belian balik.
Pegangan Minimum
  • Kelas RM – 30,000 Units
  • Kelas USD – 10,000 Units
Fi
Caj Jualan Sehingga 5% daripada NAB seunit
Caj jualan adalah terpakai kepada semua Kelas Unit.
Caj Belian Balik Pengurus TIDAK akan mengenakan apa-apa caj belian balik pada mana-mana belain balik.
Fi Pertukaran
a. Kali Pertama

Tiada

b. Kali ke-2 dan seterusnya
RM25 bagi setiap urusniaga
Fi Pengurusan Tahunan 1.80% setahun daripada NAB Dana.
Fi Pemegang Amanah Tahunan 0.06% setahun daripada NAB Dana tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM15,000 setahun atau yang sama nilainya dalam mata wang asas (tidak termasuk fi dan caj penjagaan asing).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan kami yang berhampiran atau hubungi BIMB Investment Management Berhad di Talian Bebas Tol 1-800-88-1196.

PELABUR DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI KANDUNGAN “INFORMATION MEMORANDUM” YANG TERDAPAT DI CAWANGAN-CAWANGAN BANK ISLAM. JIKA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SILA DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL

 

Print Friendly
Bank Islam