Khamis, 21 Mac 2019, 14 Rejab 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:52 | Subuh 6:02| Syuruk 7:16 | Zohor 1:23 | Asar 4:29 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:35

TruRewards


 

Memperkenalkan TruRewards, program ‘loyalty’ yang memberi ganjaran hebat bagi melengkapi gaya hidup anda. Dengan Bank Islam TruRewards anda boleh menebus TruPoints untuk memiliki kelengkapan kediaman, elektronik dan barangan lain yang anda idamkan.

Layari https://trurewards.bankislam.com.my dan alami dunia ganjaran baharu.

Faedah

  • Ahli Kad-i boleh menebus TruPoints untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan sama ada menggunakan TruPoints sepenuhnya atau TruPoints berserta Bank Islam Kad-i.

  • Ahli Kad berhak untuk mengumpul TruPoints melalui pembelian runcit di dalam negara dan luar negara.

  • Ahli Kad-i berhak untuk menebus TruPoints untuk barangan yang ditawarkan seperti,barangan elektrik, baucar, gajet dan banyak lagi.

  • Ahli Kad-i dijamin akan mendapat ganjaran melalui pembelian runcit menggunakan Kad Kredit-i Bank Islam. Ahli Kad-i juga boleh mengambil bahagian dan mengetahui mengenai promosi terkini dengan lebih mudah.

     

Cara mendapatkan TruPoints

Ahli kad boleh mendapatkan informasi penuh berkenaan barangan yang boleh ditebus di pautan https://trurewards.bankislam.com.my

Soalan Lazim TruRewards Program ‘Loyalty’

1. Jika saya berbelanja RM60 menggunakan Kad Kredit-i, berapa TruPoints akan saya perolehi?
Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dengan Kad Kredit-i, Pemegang Kad akan mendapat 1 TruPoints. Berdasarkan perbelanjaan RM60, anda akan mendapat 60 TruPoints.
2. Jika saya menutup akaun Bank Islam Kad-i saya, adakah TruPoints saya masih ada?
Tidak, Pemegang Kad perlu menebus ‘TruPoints’ sebelum Pemegang Kad menutup akaun Bank Islam Kad-i.
3. Adakah TruPoints mempunyai tempoh tamat?
Ya, TruPoints akan tamat tempoh selepas 36 bulan jika tidak ada penebusan yang dibuat oleh Pemegang Kad.
4. Bagaimana cara untuk saya menebus ‘TruPoints’?
Pemegang Kad boleh menebus TruPoints di laman sesawang https://trurewards.bankislam.com.my
5. Bolehkah Pemegang Kad tambahan menebus TruPoints bagi pihak Pemegang Kad Utama?
Tidak, penebusan TruPoints hendaklah dibuat melalui Pemegang Kad Utama. Akan Tetapi, Pemegang Kad Tambahan hanya layak untuk mendapat TruPoints sahaja.
6. Bagaimanakah cara membuat penyemakkan berkenaan ‘TruPoints’?
Lawati laman sesawang
https://trurewards.bankislam.com.my
atau hubungi saluran yang berikut untuk penyemakkan TruPoints: atau hubungi
saluran yang berikut untuk penyemakkan TruPoints:
a) Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900 b) Unit Khidmat Pelanggan Pusat Kad Bank Islam di 03-2726 7666
7. Bolehkah saya membuat penebusan TruPoints jika saya tidak mempunyai e-mel?
Ya, Pemegang Kad boleh membuat penebusan TruPoints melalui cara-cara berikut:
a) Hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26900 900
b) Hubungi Unit Khidmat Pelanggan Pusat Kad Bank Islam di 03-2726 7666: atau
c) Lengkapkan dan hantarkan Borang Penebusan TruRewards kepada Bank Islam melalui faks, mel yang tertera dia atas Borang Penebusan ‘TruRewards’ atau hantar ke cawangan yang terdekat.
8. Adakah TruPoints saya boleh dipindah milik?
TruPoints tidak boleh dipindah milik kepada orang lain atau entiti lain.
9. Bolehkah saya menukar ‘TruPoints’ kepada wang tunai?
TruPoints tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
10. Bolehkah saya menebus TruPoints jika Credit Card-i telah disekat sepenuhnya?
Ya, TruPoints akan terbatal dan pada masa yang sama tidak boleh menebus atau mengumpul TruPoints.
11. Adakah TruPoints saya terbatal jika Kad Kredit-i disekat sementara waktu dan bolehkah saya membuat penebusan TruPoints?
Tidak, TruPoints tidak akan terbatal dan penebusan TruPoints juga masih boleh dibuat.
12. Bilakah saya akan menerima barangan yang ditebus?
Barang yang telah ditebus akan dihantar secara kurier ke alamat yang telah diberikan paling lewat dalam masa 21 hari bekerja.
13. Bolehkah saya menghantar barangan penebusan ke alamat lain?
Ya. Pemegang Kad hanya perlu mendaftar alamat penerima di dalam laman sesawang. Tiada penghantaran akan dibuat ke alamat P.O Box serta alamat di luar Malaysia.
14. Bolehkah saya menukar barangan penebusan setelah penebusan telah pun disahkan?
Semua barangan penebusan tidak boleh ditukar melainkan barangan yang diterima telah rosak atau salah. Sila laporkan kepada pihak perkhidmatan kurier dalam masa 24 jam dari masa penerimaan. Permintaan lain tidak akan dilayan.
15. Bolehkah saya membuat penebusan TruPoints dengan memberi sumbangan kepada program wakaf @ sadaqah?
Ya, Pemegang Kad boleh menebus TruPoints untuk memberi sumbangan kepada Program Tanggungjawab Korporat (CR) yang dianjurkan oleh Bank Islam dari semasa ke semasa seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang TruRewards . TruPoints yang ditukarkan kepada ringgit akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang dipilih oleh Pemegang Kad .
16. Bolehkah saya membayar yuran tahunan dengan menggunakan TruPoints saya ?
Ya, Pemegang Kad boleh membayar yuran tahunan untuk Kad Kredit–i dengan menggunakan TruPoints . Walaubagaimanapun, pilihan menebus TruPoints terhadap penyelesaian yuran tahunan mesti dilaksanakan oleh pemegang kad dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh yuran tahunan yang dikenakan keatas Pemegang Kad, seperti dinyatakan dalam penyata Kad Kredit-i.

 

Terma dan Syarat ‘TruRewards Program Loyalty’
Klik di sini untuk muat turun

 

Print Friendly