Isnin, 17 Jun 2019, 13 Syawal 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:17 | Asar 4:43 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:42

Mengenai Kad Kredit-i Bank Islam


Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berteraskan Kontrak Syariah dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia. KBI adalah kad yang bebas dari riba dan gharar.

Riba biasanya diterjemahkan sebagai “faedah” iaitu amaun lebihan yang dicajkan ke atas sebarang transaksi urusniaga yang melibatkan perak, emas dan wang. Ghararialah ketidakpastian atau keraguan, dan elemen ini tidak terlibat di dalam KBI memandangkan keuntungan maksima telahpun dijelaskan terdahulu.

Pusat Kad Bank Islam beroperasi berteraskan konsep Syariah yang dikenali sebagai Konsep Tawarruq.

Tawarruq
Tawarruq ialah ialah membeli barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh (kos + untung) dan menjualnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah kepada pihak selain daripada penjual asal.

Secara umumnya, tawarruq dan bai’ ‘inah mempunyai objektif yang sama, iaitu bertujuan mendapatkan hasil tunai daripada transaksi jual-beli, tetapi berbeza dalam 2 aspek iaitu ; pertama, bai’ ‘inah tidak melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli (aset/komoditi), di mana tawarruq melibatkan penglibatan pihak ketiga. Kedua, aset yang terlibat dalam jual-beli bai’ ‘inah akan dikembalikan semula kepada pemilik asal, manakala proses itu tidak terlibat langsung dalam tawarruq.

Print Friendly