Ahad, 22 Oktober 2017, 1 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Visi/ Misi/ Nilai Teras


Visi Kami

Menjadi Pemimpin Global dalam Perbankan Islam

“Pemimpin Global” ditakrifkan sebagai panduan dan sumber rujukan utama bagi produk dan perkhidmatan yang inovatif berlandaskan prinsip Syariah.

Penyata Misi Kami

  • Beriltizam untuk terus membangun dan memperbaharui penyelesaian kewangan yang diterima sejagat sejajar dengan prinsip Syariah
  • Menawarkan pulangan yang munasabah dan mampan kepada para pemegang saham
  • Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan menjadi Majikan Pilihan bagi mereka yang berbakat besar
  • Menghasilkan penyelesaian kewangan yang lengkap bertaraf global melalui penggunaan teknologi canggih terkini
  • Menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan berhemat

Dalam melaksanakan misi korporat ini, Bank Islam berpandukan nilai-nilai jenama korporatnya menjadi:

PEMIMPIN; DINAMIK; PROFESIONAL; PRIHATIN DAN AMANAH

Nilai Teras Kami

Nilai Jenama Teras

 Pemimpin Produk Islam kami menjadi Tanda Aras industri
Terkenal sebagai perintis dalam Perbankan Islam, kami membantu membangunkan industri Perbankan Islam
 Dinamik Progresif dan Inovatif
Kami terus bergerak maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan baharu dan terkini dari segi teknologi
 Profesional Khidmat, Pantas, Cekap dan Tangkas
Kami berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan global
 Prihatin Rakan kongsi yang Mudah Didekati dan Sedia Membantu
Kami membantu memenuhi keperluan kewangan setiap pelanggan
 Amanah Berwibawa dan Diyakini
Produk, perkhidmatan dan nilai korporat yang berlandaskan Syariah 100%
Print Friendly
Bank Islam