Jumaat, 23 Ogos 2019, 22 Zulhijjah 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:43 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:19 | Asar 4:32 | Maghrib 7:24 | Isyak 8:35

Mengenai Menara Bank Islam


Pembangunan Tanah Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy

tanah-wakafAntara harta wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee adalah tanah berkeluasan 1.2 ekar yang terletak di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Pada tahun 80an, kawasan ini terkenal kerana terdapat banyak kelab-kelab malam.

Sejurus pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1998, bangunan-bangunan di sekitar kawasan ini turut membangun. Kawasan ini kemudiannya dikenali sebagai ‘Segitiga Emas Kuala Lumpur’.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP, sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Wilayah Persekutuan, berusaha untuk membangunkan tanah wakaf am ini agar tidak terbiar di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

menaraPerkongsian Pintar

Menara Bank Islam dibina atas sokongan penuh oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menawarkan pembiayaan 100% bagi pembangunan tersebut. Pelaburan ini bukan sahaja akan mendatangkan pulangan berkala panjang untuk para pendeposit tetapi juga menepati salah satu misi Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Perancangan projek ini dilengkapkan dengan komitmen Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) sebagai penyewa utama. Bank Islam bersetuju untuk menjadikan bangunan ini sebagai ibu pejabatnya, sejajar dengan statusnya sebagai perintis perbankan Islam di Malaysia.

Satu perkongsian pintar telah terwujud di antara organisasi-organisasi Islam iaitu MAIWP, Kumpulan Syarikat TH Properties, Lembaga tabung Haji, dan Bank Islam bagi memastikan tanah wakaf ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam setempat.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy dan menerima segala amalannya. Amin.

Menara Bank Islam

launch-mbi

Menara Bank Islam telah dilancarkan pada 19 Oktober 2011 di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Upacara perasmian menara yang terletak di tengah-tengah bandar raya metropolitan ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin. Menara pejabat ini mempunyai ketinggian 34 tingkat dan menelan kos pembinaan terkumpul sebanyak RM151 juta.

Perasmian dan pembinaan bangunan ini melambangkan pencapaian ummah serta kebolehan agensi-agensi Islam negara dalam membangunkan tanah wakaf seluas 1.2 ekar yang terletak di dalam kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Projek ini juga merupakan pembangunan tanah wakaf komersial yang pertama di Malaysia.

Print Friendly