Selasa, 21 Ogos 2018, 9 Zulhijjah 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:43 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:19 | Asar 4:33 | Maghrib 7:25 | Isyak 8:35

Profil Korporat


Pada tahun 1983, kami telah melangkah menjadi bank Islam pertama di Malaysia. Sejak itu, kami telah berkembang sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya dengan lebih daripada empat juta pelanggan di seluruh negara. Di samping itu, kami telah diiktiraf sebagai sumber rujukan dan panduan perbankan Islam, dengan tanggungjawab untuk mengembangkan industri dan membawa kemajuan berterusan kepada sistem kewangan Islam.

Sejak penubuhannya, Bank Islam telah menawarkan penyelesaian patuh Syariah yang sinonim the prinsipnya. Melalui inovasi yang berterusan, kami menawarkan pelbagai penyelesaian yang memenuhi keperluan kewangan pelanggan. Operasi berstruktur dan kakitangan kami yang berkebolehan berdedikasi untuk memberikan pengalaman perbankan yang luar biasa kepada para pelanggan dan memberi sokongan kepada mereka pada saat-saat yang paling penting. Kami menyediakan rangkaian saluran perbankan Islam yang meluas dengan 147 cawangan dan lebih daripada 1,100 terminal layan diri di seluruh negara.

Usaha untuk memperluaskan kehadiran kami di pasaran dipergiat dengan usaha untuk membina bahagian perbankan digital. Kami membangunkan strategi dan platform berkaitan dengan Teknologi Kewangan (“Fintech”) yang akan membolehkan kami berhubung dengan para pelanggan dengan lebih baik, meneruskan pengalaman baharu dalam perbankan dan kecemerlangan perkhidmatan. Inovasi digital kami yang berterusan membantu mempromosikan idea pertumbuhan inklusif untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dalam perniagaan kami dan bagi komuniti di mana kami beroperasi, seterusnya menyokong usaha kami untuk membangunkan ekonomi sebenar.

Melalui pematuhan yang ketat terhadap peraturan dan prinsip Syariah, kami diperlihatkan sebagai sebuah institusi perbankan yang beretika dan dipercayai. Komitmen kami dalam mendokong tadbir urus korporat yang mapan telah memastikan kami membuat keputusan yang tepat secara konsisten dalam menjaga manfaat pihak berkepentingan.

Sebagai organisasi patuh Syariah, nilai dan prinsip kami menanamkan rasa tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam semulajadi. Melalui program-program penglibatan komuniti Bank, kami telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat serta memelihara ekosistem semulajadi yang amat berharga.

Bank Islam kini mengambil langkah ke hadapan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengukuhkan peranan dan memperhebatkan impak kewangan Islam. Dengan mengamalkan prinsip Pengantaraan berasaskan Nilai (“VBI”) seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia, kami komited untuk menjadi sebuah institusi kewangan bertanggungjawab yang berdedikasi mendukung nilai bersama iaitu integriti, keterangkuman dan kemampanan. Dengan memulakan perjalanan ini, Bank Islam membina masa depan mampan yang mempromosikan ekonomi yang terangkum dan kemajuan sosial untuk pihak berkepentingan dan pada masa yang sama menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, lebih pantas dan lebih adil demi manfaat bersama.

“Penubuhan Bank Islam di Malaysia bukanlah satu manifestasi keangkuhan orang Islam atau satu usaha simbolik untuk mempamerkan keislaman negara ini. Penubuhan Bank Islam ini adalah satu usaha untuk meyakinkan bahawa penerapan ajaran Islam ke dalam ekonomi negara ini tidak akan membawa kemalangan. Untuk ini yang diperlukan bukan satu ‘gesture’ atau simbol tetapi satu usaha mewujud dan mengurus yang menentukan bank cara Islam boleh memainkan peranannya dalam ekonomi yang moden.”

Petikan ucapan oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia sempena pelancaran rasmi Bank Islam (1 Julai 1983)

1 Julai 1983 merupakan tarikh bersejarah di mana Bank Islam Malaysia Berhad atau Bank Islam, telah ditubuhkan secara rasminya. Ia menandakan permulaan perbankan Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia. Sebagai perintis di dalam industri ini, Bank Islam telah menetapkan penanda aras bagi inovasi dengan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan perbankan berasaskan Syariah. Ia telah berkembang daripada sebuah organisasi perbankan yang menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam kepada sebuah institusi yang menawarkan penyelesaian kewangan yang komprehensif dan menyeluruh. Kini, Bank Islam mengubah landskap ekonomi negara, memimpin dalam pembangunan Malaysia sebagai salah satu hab kewangan Islam utama dunia.

m1m2

Perniagaan perbankan Islam ditakrifkan sebagai “perniagaan perbankan yang misi dan operasinya tidak melibatkan apa-apa unsur yang bertentangan dengan agama Islam.”

Laporan oleh Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan mengenai penubuhan sebuah bank Islam di Malaysia.

Sejarah penubuhan Bank Islam bermula sebelum Perang Dunia II lagi di mana umat Islam di negara ini mula mencari sistem kewangan alternatif yang mematuhi kehendak Syariah (perundangan Islam). Sehinggalah pada tahun 1969 Lembaga Urusan dan Tabung Haji (“Tabung Haji”) ditubuhkan sebagai salah satu institusi kewangan Islam yang pertama di negara ini, demi menggalakkan umat Islam membuat simpanan dan pelaburan. Pada masa yang sama, ia juga membantu pendeposit untuk menunaikan Haji.

Di peringkat antarabangsa, cadangan untuk menubuhkan sebuah sistem perbankan Islam kian mendapat sambutan. Ia menjurus kepada penubuhan bank Islam pertama di Dubai pada tahun 1975. Bank tersebut ditubuhkan berdasarkan hasil penyelidikan gigih selama 15 tahun dan usaha bersama oleh pakar ekonomi profesional Islam, pembiaya dan pegawai dari pelbagai organisasi Islam di dunia.

Penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 adalah hasil dedikasi yang diilhamkan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1980, diikuti dengan seminar mengenai Konsep Pembangunan dalam Islam pada tahun 1981. Ia juga merupakan hasil usaha sama Tabung Haji, PERKIM (pertubuhan bukan kerajaan yang komited untuk memelihara kebajikan orang Islam di seluruh negara) dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk bank Islam (“Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan”).

Bermula dengan 30 orang kakitangan, Bank Islam beroperasi di ibu pejabat sementara di Kompleks Jemaah Haji, Subang pada tahun pertamanya. Pada akhir tahun kewangan pertama, Bank Islam dengan 272 orang kakitangan menjalankan perniagaannya di empat buah cawangan yang beroperasi di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Alor Setar.

Melalui pengurusan pembangunan tanah Wakaf yang inovatif, hari ini ibu pejabat Bank Islam bertempat di Menara Bank Islam yang terletak di tengah-tengah ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur. Pada akhir tahun 2013, Bank Islam mempunyai 133 buah cawangan di seluruh negara dengan tenaga kerja lebih daripada 4,200 orang kakitangan.

sultan-opening-acocunt

 

Print Friendly